fbpx

Nabila Razali Sudi Jika Ada Yang Serius Mahu Kenal Hati Budi

Usia sudah mencecah 29 tahun, penyanyi dan pelakon Nabila Razali mengakui tidak terlepas daripada pertanyaan soal jodoh dan perkahwinan.

Bagaimanapun, Nabila berkata buat masa ini dia masih belum memikirkan soal kahwin namun tidak menolak jika bertemu jodoh dalam masa terdekat.

BACA: Nabila Razali Dikecam Bawa Bantal Dinosaur Di PPV, Siap Rakam Video

“Sebenarnya saya seronok tengok dan dengar cerita Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Izara Aishah berkongsi mengenai anak mereka.

“Tetapi buat masa sekarang, saya memang betul-betul fokus dengan kerja saya dan tidak terfikir lagi untuk ke arah itu. Namun jika ada yang datang nak mengenali hati budi, saya terima dengan hati terbuka,” katanya.

Berkongsi mengenai keadaanya berdepan pandemik Covid-19, Nabila meluahkan rasa syukur dia tinggal bersama ahli keluarga dan tidak rasa bosan.

“Alhamdulillah saya tinggal bersama keluarga, jadi di rumah ada ramai anak-anak buah saya. Kalay saaya malas, mereka akan tarik saya untuk mengajar dan bermain dengan mereka, jadi tidaklah bosan di rumah.

“Bagaimanapun, ada hari juga yang kita mahu berehat untuk mengosongkan minda kita kerana kadang-kadang kalau kita terlalu meluangkan masa terlalu banyak dengan telefon pun tidak begitu menyihatkan,” katanya.