Nabila Razali Minta KKM Buka Ruang Komen Media Sosial
Umum mengetahui, tiga platform media sosial iaitu Facebook, Twitter dan Instagram milik KKM tidak membenarkan netizen menulis di ruangan komen.
Melihat kes Covid-19 mencanak naik hingga mencecah 20,000, penyanyi Nabila Razali meminta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuka semula ruangan komen bagi memberi ruang rakyat memberi pendapat.
BACA: Nabila Razali Sudi Jika Ada Yang Serius Mahu Kenal Hati Budi
“Sekarang ramai yang yang dapat info daripada sumber yang salah, bagus kalau kita ada sumber yang sahih iaitu platform yang tak tutup komen untuk orang ramai memberikan pendapat.
“Saya risau apabila tengok kes kematian semakin meningkat. Saya rasa macam ia semakin dekat dengan saya dan keluarga,” katanya.
Sebelum ini, menerusi Twitter Nabila meminta KKM supaya tidak menutup ruangan komen supaya orang ramai dapat memberi pendapat dan pertanyaan berkaitan Covid-19.
CADANGAN (THREAD)
Assalamualaikum WBT..
1. Bella cadangkan supaya pihak KKM tidak menutup ruangan komen.
2. Bella faham asbab KKM menutup ruang komen. Kerana ingin mengelakkan perbalahan seterusnya mencetuskan suasana panik dikalangan rakyat. https://t.co/8BDwnavbrG
— Second Chance ??? (@_nabilarazali) August 4, 2021
Nabila akui KKM menutup ruangan komen bagi mengelakkan perbalahan namun keadaan tersebut menyukarkan orang ramai yang benar-benar mahu mendapatkan info tentang Covid-19.
“Saya faham asbab KKM menutup ruangan komen kerana mereka ingin mengelakkan perbalahan seterusnya mencetuskan suasana panik dalam kalangan masyarakat.
“Jika masih ada yang komen negatif, kita jangan kecam dia, sebaliknya kita educate dia sambil bertanya “apa masalah awak?” tulisnya.
Tambah Nabila lagi, dia memahami ramai yang tertekan dengan pandemik melanda negara dan meminta semua bersabar serta berharap keadaan akan kembali pulih seperti biasa.
- SUMBER
- mStar Online
Page tu sendiri jadi medium untuk informations yang betul. Ingat bila buka komen nanti rakyat malaysia nak jadikn tempat bertukar pendapat ke? Takdenya. Not a big deal pun if diorang allow or disallow commenting.
Agreed with you Madeleine, isunya kt sini bkn psl nk bg komen ke, nk bg pandangan ke. Isunya KKM ada tugas yg sngt mencabar yg x pernah berlaku sepanjang zmn sblm ni. Jd dlm kita tngh berperang dgn wabak ni komen2 org awam x membantu jerit perih frontliner hari2 hadapi
nanti depa maki-maki kat page tu..xde nya nk bg pendapat…
Ko jd penyanyi pun sumbang mahram sibuk nk campur bidang org. Dok diam2 laa makcik
Wah time ko sengau kat ajl dulu, bukan main “bella terpaksa tutup ruang komen, beri bella la ruang,” puih.. biarla kkm tutup.. diaorg pun nak ruang mcm ko gak bella
Boleh bg pendapat tp kau sebagai artis tak kenal lagi ke perangai netizen yg suka maki2 ni? Apa kkm post semua nak salahkan kkm. Kkm cuma bagi info je. Buat apa nk buka ruangan komen. Bukan kkm mintak pendapat ke apa
Stkt level retis srh buka ruangan komen dh knp!! Xde effects pun comments or private. KKM byk lg tugasan penting bkn nk busy baca comments tolol retis!!! Klo pandai dulu knp Xjd doc!!!