fbpx

“Nabila Razali Kena Terima Hakikat Tak Boleh Nyanyi Live”

Sejak malam tadi, hangat diperkatakan di laman Twitter mengenai persembahan penyanyi Nabila Razali di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) yang dikatakan terkucil ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua.

Pelbagai kecaman diterima oleh penyanyi itu di laman Twitter, malah ada yang meminta Nabila menerima hakikat bahawa dia tidak boleh menyanyi secara live.

BACA: “Saya Dah Cuba Yang Terbaik, Saya Minta Maaf”

Malah, ramai yang kasihan penyanyi itu dikecam teruk susulan persembahannya semalam serta memintanya untuk perbaiki lagi vokal. Tidak kurang juga, ada segelintir mengatakan mereka akan menarik diri jika berada di tempat Nabila Razali.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan adalah lebih baik jika Nabila memberi fokus pada bidang lakonan sahaja yang dilihat lebih menyerlah berbanding nyanyian.

Terdahulu, Nabila dilihat ada memuat naik status di Instagram mengatakan dia sudah lakukan yang terbaik dan memohon maaf kepada semua pihak terutama pencipta lagu Peluang Kedua iaitu Hael Husaini dan MFMF.