Nabila Razali Jual Ayam Goreng Tambah Pendapatan
Seperti diketahui, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ramai yang terjejas termasuk penggiat seni apabila segala aktiviti hiburan dihentikan.
Sedar industri masih belum dibenarkan beroperasi sepenuhnya, pelakon dan penyanyi Nabila Razali mengambil langkah berani untuk terlibat dalam peniagaan makanan dengan menjual ayam goreng untuk menambah pendapatan.
BACA: Nabila Razali Sahkan Bakal Beraksi Di AJL35
“Ini adalah salah satu aktiviti untuk mengisi masa lapang sepanjang PKP, Alhamdulillah saya tak sangka akhirnya ada kedai sendiri.
‘Ia adalah pengalaman baru, seronok dan tak sangka PKP ini ada banyak hikmahnya. Jadi apa kata kita cari alternatif untuk tambah pendapatan,” katanya kepada mStar.
Meskipun sibuk dengan perniagaan, Nabila berkata dia masih tidak mengabaikan persediaan menghadapi Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL) dengan berlatih di rumah.
“Dekat rumah saya ada berlatih… saya masih lagi buat persediaan menghadapi AJL. Lagi pun sambil goreng ayam pun boleh menyanyi la,” katanya.
Terdahulu, Nabila mengesahkan dia bakal beraksi pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 untuk menyanyikan lagu Peluang Kedua.
- SUMBER
- mStar Online
Dik oii jgn makan ayam goreng byk sangat k… Nnti suara terkucil nnti
KUALA BERANG: Seorang penternak lembu di Kampung Lubuk Periuk di sini, kerugian hampir RM40,000 apabila 20 ekor lembunya dibaham harimau belang, sejak 10 tahun lalu.
Serangan terbaru berlaku pada Khamis dan Sabtu lalu menyebabkan dua ekor lembu milik Sumani Mohamad, 59, mati dibaham pak belang.
Selain menanggung kerugian puluhan ribu ringgit, Sumani turut meluahkan rasa bimbang diserang haiwan itu ketika menguruskan ternakannya di kandang berkenaan.
Sumani berkata, gangguan pak belang itu sudah membelenggunya sejak 2011 dan setiap tahun lembu yang diternaknya mati dibaham harimau belang.
“Kejadian pertama disedari pada Khamis lalu apabila seekor lembu di kandang ternakan mati dibaham harimau setiba saya di situ kira-kira jam 7 pagi. Kejadian kedua berlaku kelmarin (Sabtu).
“Boleh dikatakan setiap tahun, pasti ada ternakan yang menjadi korban dan kebiasaannya empat hingga enam ekor lembu yang diternak akan mati setiap tahun akibat serangan binatang buas itu.
“Kejadian ini bukan sahaja menyebabkan saya menanggung kerugian tetapi saya turut bimbang dengan keselamatan saya sendiri ketika berada di kandang,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusof ketika dihubungi berkata, siasatan mengenai insiden itu akan dilakukan sebelum tindakan lanjut diambil.
Artis ni habih tinggi pun jual makanan je, low barrier entry business. Lebih dari tu tak tercapai otak diorang ni.
Jual ayam rm1…pon boleh kaya dik.
Thejam..
Biar mula dgn yg kecik…
Janji dia ada usaha & x mintak bantuan kerajaan