Nabila Razali Dua Hari Menangis Tak Dapat Nyanyi Di SFMM35
Terpaksa menarik diri daripada menyanyikan lagu Peluang Kedua di separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) susulan masalah kesihatan, penyanyi Nabila Razali akui dua hari menangis kerana terlalu kecewa.
Nabila berkata dia sudah lama menantikan untuk muncul pada pertandingan besar itu sejak lagu Pematah Hati lagi, namun sekali lagi rezeki tidak berpihak pada dirinya. Bagaimanapun, Nabila percaya ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku.
BACA: Bengkak Di Tekak Beransur Pulih, Nabila Razali Sedia Bertanding Di SFMM35
“Saya sedih tak dapat nyanyi lagu sendiri. Sebab saya tunggu dari lagu Pematah Hati lagi, tapi tidak ada rezeki. Apabila lagu Peluang Kedua dapat ke SFMM 35, dapat tahu pula saya tak boleh nyanyi. Tentu saja saya sedih. Dua hari saya nangis. Memang ‘broken heart’.
“Saya percaya semua ini ada hikmah. Mungkin tak nampak sekarang. Lagi pula proses ini panjang yang mana membabitkan latihan dan sebagainya. Kalau saya buat juga mungkin saya tak boleh beri komitmen dan akhirnya tidak dapat berikan apa yang sepatutnya.
“Kalau peminat saya dengar dan hasilnya tidak seperti diharapkan ia akan menghancurkan hati mereka pula. Biarlah hati saya hancur awal daripada banyak lagi benda datang kemudian,” katanya.
Nabila turut menjelaskan keputusannya untuk tidak menyanyi di separuh akhir Muzik Muzik 35 itu bukan gimik tetapi dia sememangnya berdepan masalah kesihatan.
“Sebab keadaan sekarang bukan main-main atau gimik. Ini memang membabitkan kesihatan saya. Kalau saya bagi kata-kata orang itu sebaliknya apa yang saya kena buat, mungkin perkara ini akan merosakkan kesihatan sendiri.
“Kalau betul orang cakap saya takut dan kena buat persembahan juga, bayangkan kalau saya buat juga dan itu malam terakhir boleh nyanyi, sedih untuk saya tapi ada orang lain yang seronok. Ini adalah punca pendapatan saya. Jadi saya fikir keadaan sekarang sebelum ia lebih teruk,” katanya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai penyanyi yang bakal menggantikan nanti, Nabila tidak boleh berkongsi lebih lanjut, namun penyanyi tersebut akan memberikan impak besar.
“Insya Allah, penyanyi gantian ini akan memberikan impak besar daripada apa yang saya boleh bagi. Siapa yang akan nyanyi, tak boleh kongsi lagi. Kalau diberi pilihan, saya tak boleh letak nama siapa-siapa. Cukup untuk saya tahu dia boleh beri rasa dan impak sama untuk SFMM 35 nanti,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Ah sudah la kau. Suara mcm tahik.
Haiyoooo.. dek x pyh sedih2.. lagu tu terlalu besar utk kau. Suruh Misha Omar jer ganti. Vokal ko tu flat xmerdu langsung. Berpijak la pd bumi yg nyata.
nangis sbb dengor vokal ko sendiri…. huhu
Don’t be ridiculous!
Halahai naik lagiii nama Nabila ni. Udah2 le tuuu. Saya selaku pemegang nama panggilan “bela” ni, naik segan dah orang tak putus2 menyeru nk bela :(
Gimik murahan…
Pakai je tudung, nak jugak terkinja kinja atas pentas.
Nabila ni positif gila orgnya..
Happy go lucky, ramai lelaki suka sbb dia
baik hati..
Korang yg dengki n keje asyik nak kutuk
org tp x sedar diri tu langsung x sempurna
mesti sejenis x laku kan..
Cuba contohi cara nabila ni bawak diri,
selalu berfikiran positif n usaha tanpa
kenal erti tak putus asa..
Mesti korang pun laku disukai
dan disayangi <3
mana ada, lelaki suka dia sebab pakai hijab cover leher tayang tetek, tu je. tak percaya cuba tanya
Aku negatif bila dengar nyanyian dia…hahaha..aku positif telinga ku tak bohong!!
Depressed bila dengar dia nyanyi.
Nangis dengar suara dia ada la.
Kenapa ada orang tak mahu terima suara memang tak merdu, tak komersil tapi masih nak menyanyi? Kalau auto tune pun masih hancur, apa lagi kalau live. Sama macam Fazura. Bukan nak kondem but fact is fact!
Jadi pelakon je la, atau pengacara.
Aku lelaki, aku suka personaliti dia.
Klu bole nk bg semangat kt dia, biar aku jd
bf ko nabila.
Biar aku lindung ko.
Betul Feldegast.. zaman sekarang org nyanyi x sedap pn xpe..janji rpe ado, duit adon org dalam mesti ado.. yg sesedap rse mcm dato’ siti dh xde..sbb xde org mcm arwah pak ngah, komposer pn dh hilang taring xde lagu2 sedap..byk bbnu yg buat lagu, so maaf la sy x lyn sgt lagu2 melayu ni,kecuali lagu dato’ siti je sy lyn.. sekian dr org lama..
Abg org lama juge. Nak jadi bini abg
dak bella
Bini abg tu boring.cara lama.
Bila abg nk dgr lagu baru pun dimarahnye
No offence to original singer, my question to the industry, what is the significance of having 23million viewers now? The truth is Hael isn’t risking his song. Singing for meletop is different from AJL…..or AF. Practice doing covers ……Btw i pay my own unlimited data.. .So i have a say Ok?
Nabila razali biaq aku lap air matamu.. Dont be sad la syg.. Nabila razali taste aku.. Hat ataih tu tak payah dok sebut pasal tetek org, hg tgk neelofa berubah lagu mana dah
geli aku jantan acah2 suka nabila sebab personality. padahal suka sebab minah ni tergedik2. kalau personality menang lg sherry al hadad…ada jantan2 kemaruk nk dia? choiiii!!!! sherry tu lg positif, dgn kelakar…trait yg susah nk dpt pd perempuan, lemah lembut, manja tapi tak gedik. tp jantan mesti nk yg badan kecik, muka cantik. so tak payah la acah2 minat nabila sbb personality…MUNAFIK!
Hg pasaipa cik uii.. realiti manusia suka tgk benda cantik ahahah abg suka tgk nabila manja, periang, tak fake.. bila dia sedih aduh abg x sampai hati tgk dia.. sian nabila ramai hat dengki..
mesti hat benci tu x syg diri sendiri, x jaga diri..
betui dakk wanita hat dengki sekaliannn
Ini lucu.. Hahahaaa
Nabila ada attitude seorang manusia yang fokus dan kerja kuat untuk berjaya dalam bidangnya.
Sokong Nabila.
We are not saying she’s a bad person. She is sweet and likeable. BUT she is definitely NOT a good singer.