Baru saja menyambut ulang tahun perkahwinan keempat, Nabila Huda sempat berkongsikan foto berserta luahan hatinya buat suami tercinta Mohd Izwan Johar. Menurut Abil, selama ini mereka tidak pernah menyambut hari ulang tahun perkahwinan.

Namun tahun ini, Abil memberitahu suaminya membuat kejutan makan malam di sebuah restoran di ibu kota. Malah, suaminya juga turut membuat kelainan mahu menyambut ulang tahun perkahwinan mereka mengikut tarikh kalendar Islam.


BACA: Nabila Huda Lantang Bidas Teguran PU Syed

“Nampak tak muka awkward tu tak tau nak react macam mana sebab tak pernah sambut anniversary!  Sebenarnya kami nikah pada 25 Disember, tapi suami saya ikut kalendar Islam dimana tarikh perkahwinan kami telah berlangsung sehari selepas Maulidur Rasul.

“Masa dia explain tu Abil memang tak faham dan keep cakap kami nikah pada 25 Disember, pening tukar-tukar anniversary, sejak tu Abil diam je lah,” tulisnya.

Suaminya turut meminta untuk memakai pakaian cantik untuk keluar makan malam bersama. Abil turut menitipkan ucapan terima kasih buat suaminya di atas kejutan tersebut.

“Dan dia cakap, pakai cantik-cantik saya nak bawa awak pergi dinner, aku pun macam, haaa.. sejak bila pula husband aku ni pandai nak ajak pergi dinner ni, sekali sampai restoran tu, fuhh dinner Jepun wehh.. fine dining! Thank you for tonight love.

“Actually lebih baik macam ni dari tiap-tiap tahun nak surprise, dah jadi tak special juga, lagipun tak sambut anniversary pun tak apa, hari-hari pun boleh sambut di rumah,” tulisnya lagi.

Perkongsian Abil itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan kesejahteraan rumah tangga pasangan tersebut dan semoga berkekalan hingga ke jannah.