fbpx

Nabila Huda Lantang Bidas Teguran PU Syed

Sebelum ini foto Nabila Huda di Instagram bersama seekor anjing baka Husky menerima teguran daripada Pencetus Ummah Syed. Malah, PU Syed berkata perbuatan tersebut seolah sudah menjadi kebiasaan di kalangan selebriti.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, PU Syed PU Syed turut mengatakan, Abil tidak sepatutnya berkongsikan foto tersebut bimbang boleh mengundang fitnah.

BACA: “Yang Bukan Mahram Pegang Tangan, Peluk Tak Jadi Isu Pula”

Tidak mahu dirinya terus dianggap membawa pengaruh negatif, Nabila Huda dalam satu video membidas teguran PU Syed. Nabila turut menjelaskan bahawa dia memegang anjing dalam keadaan kering dan telah pun samak selepas itu.

https://www.instagram.com/tv/B4bkPwuJMk8/?utm_source=ig_embed

Menurut Nabila lagi, apa yang dimuat naik olehnya di media sosial adalah hak individu. Ujarnya lagi, teguran yang diberikan oleh PU Syed itu adalah tidak wajar dan seolah hanya mahu meraih populariti semata-mata.

“Tak payah nak la buat write up tulis kat Twitter. Nak buat apa? Nak glamour? Nak nama you naik? You nak tunjuk kat semua orang yang you are God? Why?

“Lepas tu tak payah la nak sebut pasal selebriti. Aku paling pantang betul lah. Bila orang sikit-sikit nak sebut pasal selebriti. Selebriti bukan manusia ke? Tak pernah buat dosa ke?,” katanya.

Perkongsian Abil itu sekaligus mengundang kecaman netizen dimana rata-rata mereka menyifatkan pelakon itu tidak boleh menerima teguran. Bagaimanapun, Abil menyarankan pengikut boleh unfollow jika tidak suka.

Terdahulu, Nabila jelaskan niatnya hanya untuk berkongsi kegembiraan serta menunjukkan rasa kasih sayang terhadap haiwan. Ujarnya lagi, isu tersebut tidak harus diperbesarkan kerana ada perkara lain yang perlu dipandang serius.