Walaupun baru sahaja putus cinta tidak sampai sebulan rasanya pelakon cantik seperti Nabila Huda layak untuk ditanya sudahkah temui pengganti selepas kegagalan rumah tangga seterusnya percintaan yang kecundang bersama Nas-T sebelum ini. Heh.
“Saya lebih selesa single, buat masa sekarang masih belum menemui pengganti lagi kerana saya sangat sibuk sehinggakan tiada masa untuk berfikir tentang cinta. Hidup saya hanya di set penggambaran dan juga anak perempuan saya.”
“Kalau boleh taknak dah bercinta-cinta ni, malas sebenarnya, saya kalau balik shooting saya lebih selesa lepak di dalam bilik dan menonton televisyen dan mungkin sebab itu hidup saya kurang lelaki melainkan Nas-T dan juga bekas suami saya dahulu.”
Ditanya pula punca utama perpisahan bersama Nas-T Nabila pada mulanya enggan mengulas lebih lanjut namun apabila disogok berkali-kali akhirnya dia membuka bicara.
“Rasanya ramai yang dah tahu saya berkawan dengan dia (Nas-T) sejak dari kecil, lepas je bercinta hubungan tu dah tak mesra macam kami kawan dulu-dulu, saya rindukan memori buddy’s bersama dengannya,” ujar Nabila yang ditemui di majlis tayangan eksklusif episod akhir drama Teduhan Kasih siang tadi di Rasta, TTDI.
Bagi drama teduhan kasih satu kejayaan yang besar apabila mendapat jumlah penonton yang tertinggi sebanyak 3.2 juta. Antara pelakon lain yang menjayakan drama tersebut adalah Adi Putra, Zarina Zainuddin dan juga Sherry Ibrahim.
Sebelum itu kami selitkan wajah Nabila Huda yang sememangnya mempunyai bakat bergambar semula jadi dengan gayanya yang bersahaja. check it out!