fbpx

Rindukan Keisha, Nabila Huda Menangis Di Eropah

Nabila Huda mengakui, ketika berada di Eropah untuk penggambaran selama 45 hari, tidak terbayang olehnya perasaan rindu kepada terhadap cahaya matanya, Keisha Laila. Malah Nabila atau mesra dipanggil Abil hanya sempat untuk berhubung selama seminggu sahaja.

BACA: Nabila Huda Sedia Kahwin & Belum Tetap Tarikh

“Sepanjang berada di Eropah, saya akan berkomunikasi dengan anak melalui Facetime. Namun, satu minggu sahaja saya boleh bercakap dengan dia kerana selepas itu saya tak boleh nak berbual dengan dia lagi”

“Sekarang dia dah besar dan sudah pandai bercakap. Kadang-kadang dia tanya bila saya nak balik. Susah saya nak terangkan kepada dia kerana nanti saya sendiri yang akan emosi. Sebelum ini saya pernah juga tinggalkan dia ketika saya pergi bercuti tapi ini paling lama saya berjauhan dengannya”

“Saya menangis kerana terlalu rindukan dia namun saya tidak mahu dia tahu yang saya sedih. Kalau diikutkan memang saya nak bawa dia tetapi sebab di sana kami banyak bergerak dengan kereta dan perjalanan ke setiap destinasi pula mengambil masa kira-kira empat jam, jadi susah dan tak sesuai nak bawa budak kecil,” katanya kepada Tonton Extra.

Menjelaskan bahawa Keisha memahami situasi tersebut di mana hampir sebulan mereka tidak berkomunikasi, Abil dalam masa yang sama turut merancang untuk membawa Keisha untuk bercuti tidak lama lagi. (rtky/s)