fbpx

Nabila Huda Akui Sudah Temui Kekasih Baru

Nabila Huda antara selebriti tanah air yang kisah cintanya sering menjadi perhatian para peminat dan bukan peminat. Kisah terbaru ini pastinya akan diperhati dengan mendalam oleh penganalisa bebas dunia hiburan selepas ini.

Ditemui wartawan ketika sidang media drama Ariana Rose di Sri Pentas TV3, Bandar Utama baru baru ini Nabila Huda mengakui yang hatinya kini sudah dimiliki oleh seorang lelaki yang baru dikenalinya beberapa bulan yang lalu.

BACA: Inikah Kekasih Baru Nabila Huda?

“Alhamdulillah, kehadirannya membuatkan saya cukup gembira. Kami masih lagi baru beberapa bulan menjalinkan hubungan. Apa yang boleh saya katakan, dia lelaki yang saya cari selama ini. Bagaimanapun saya tidak mahu cerita panjang siapakah lelaki yang dimaksudkan itu”

Nabila Huda turut berkata yang beliau sebenarnya teruja untuk berkongsi kisah cinta barunya ini namun memilih untuk berdiam diri dari berkongsi kisah peribadi berdasarkan pengalaman lalu.

“Apabila saya tidak hipokrit berkongsi hal peribadi, ada pula pihak lain yang cuba mengambil kesempatan terhadap saya. Itu yang saya tidak mahu ia berlaku,” ujarnya. (rtky/m)