fbpx

Nabil, Neelofa Tarik Diri Dari Pencalonan AME 2019

Mahu memberi ruang kepada artis lain, pasangan pengacara program MeleTOP iaitu Neelofa dan Nabil Ahmad mengumumkan bahawa mereka menarik diri daripada pencalonan Anugerah Meletop (AME 2019).

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Strategi Kandungan Hiburan Astro, Raqim Ahmad. Ujarnya lagi, keputusan itu dibuat secara sukarela oleh kedua-duanya.

BACA: Neelofa Kongsi Rahsia Untuk Terus Kekal Istiqamah

“AME tahun ini memperlihatkan dua hos MeleTOP iaitu Neelofa dan Nabil Ahmad mengundurkan diri daripada semua kategori dipertandingkan pada tahun ini.

“Keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada artis lain dan ia dibuat secara sukarela oleh kedua-dua mereka,” katanya kepada mStar Online.

Neelofa yang juga hos program tersebut memberitahu keputusan itu dibuat bagi mengelakkan cakap-cakap yang tidak sedap didengar mengenai mereka dan tidak mahu orang mengatakan ianya anugerah syok sendiri.

“Selepas enam tahun bergelar hos dan dicalonkan dalam AME rasanya sudah tiba masanya kami undur diri bagi mengelakkan orang kata ia anugerah syok sendiri dan hanya tuan rumah yang menang,” katanya.

Dalam pada itu, meskipun kedua mereka menarik diri daripada dicalonkan, Neelofa dan Nabil masih lagi kekal sebagai hos AME2019 bersama Jihan Muse.

Tampil dengan tema Yang Legit, Yang Legend, AME2019 bakal berlangsung pada 21 April depan bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil pukul 9 malam.