fbpx

Nabil Mahir Suap Pisang Dekat Ayda Jebat, Ramai Fikir Bukan-Bukan

Selepas mengakui menjalin hubungan cinta, Ayda Jebat dan Nabil Mahir dilihat terbuka berkongsikan momen bahagia mereka kepada umum. Malah ramai yang mendoakan agar hubungan cinta dibina pasangan ini sampai ke jinjang pelamin.

Baru-baru ini, Nabil ada memuat naik gambar dia sedang menyuap pisang ke mulut kekasihnya. Menerusi entri itu, Nabil memberitahu dia berbuat demikian kerana Ayda seorang yang susah untuk makan buah-buahan.

BACA: Pulang Dari Umrah, Ayda Jebat Sudah Berhijab?

Meskipun foto itu dilihat biasa sahaja, namun ada segelintir netizen yang kurang senang melihat tindakan Nabil itu kerana ‘pisang’ mempunyai maksud tersirat yang sering dikaitkan sebagai simbol kemaluan lelaki.

Dalam pada itu ada yang memuji tindakan Nabil yang disifatkan romantik dan sentiasa mengambil berat tentang kekasihnya. Kalau ikutkan tiada isu pun dengan gambat tersebut, netizen je yang fikir bukan-bukan.