Nabil Mahir Kecewa Laporan Tentang Ayda Jebat Hamil
Semalam hangat diperkatakan mengenai laporan pelakon dan penyanyi Ayda Jebat dikatakan hamil selepas dua bulan mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Nabil Mahir.
Bagaimanapun, menerusi satu entri di Instagram, Nabil meluahkan rasa kurang senang dengan laporan tersebut. Ujarnya, dia dan Ayda tidak mengesahkan berita itu namun telah diterbitkan.
BACA: Ayda Jebat Kini Sudah Hamil?
Nabil juga meminta tiada sebarang spekulasi mengenai perkara tersebut. Katanya lagi, jika ada sebarang berita gembira pasti akan dikongsikan kepada peminat.
“Dalam kehidupan ini, apabila kita mendapat berita yang baik, sudah pasti kita sendiri yang ingin kongsikannya. Hari ni kami pening, marah dan sedih sampai mengalir air mata kerana ramai yang terasa, tersentap dan yang ingin tahu.
“Stress yang tak diperlukan. Mungkin kalau betul, bukan saja saya dan Ayda malah artis atau orang lain ada alasan tersendiri kan?
“Jika betul pun khabar itu, tiada seorang ibu atau bapa dalam dunia ini yang inginkan berita gembira mengenai zuriat pertama mereka dirampas dan dijadikan sebagai viral di portal gossip,” katanya.
Bagaimanapun Nabil mengucapkan terima kasih di atas kesemua doa dan ucapan yang diberikan serta turut berharap kesemua pihak faham dengan situasi pada waktu kini.
Terdahulu, sebuah portal melaporkan pasangan itu dikhabarkan bakal menimang cahaya mata. Laporan itu turut mendakwa Ayda juga dikatakan menemui pakar perbidanan dan sakit puan untuk melakukan pemeriksaan.
Cerita cium ketiak yang agak kurang menyenangkan dikongsi tanpa diminta. Berita mengembirakan pasal kandungan nak sorokkan. Tak faham artis sekarang ni.
tula kn.. gambar x senonoh suke pulak sebarkn, benda baik nk sorokkn.. hukhuk tp nk sorok…sorok la..ade aku kisahhh..
Klau hamil msih mcm berudu.mgkn hti x sng kot dikecoh2kn.
Takut nnti klau tersembam jtuh. ..alamak…minta2 jgnlhkn. Hidup dan mati izin dariNya.
Jom Kita puasa 3 Hari ni..????
hellloooo… you yang share almost every bit and pieces of your life tanpa filter, jadinya hadap je la bila netizen sibuk nak tau segalanya tanpa filter..
Berita mcm tu ko sentapppp….cerita ko tayang cium ketiak kepam bini ko…ko suka…dasar melayu hamlau!!
mohon dua2 manusia ni bersara je lah. so xde org amik tau psl u once u bkn selebriti. duk diam2 kt rmh hadap each other smpai tua, x perlu hadap media atau netizen? ok gitu? acah2 marah media. kang media x buat liputan psl nko, nko juga yg sentap. elok media & netizen pulaukan je dedua ekor ni
you signed up to be a public figure bro what do you expect LOL