fbpx

Ayda Jebat Kini Sudah Hamil?

Hampir dua bulan mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti popular Ayda Jebat dan Nabil Mahir dikhabarkan bakal menimang cahaya mata.

Ayda juga dikatakan sudah hamil apabila pelakon itu menemui pakar perbidanan dan sakit puan di Pusat Perubatan Prince Court untuk melakukan pemeriksaan.

BACA: Tertarik Dengan Sikap Nabil, Wanita Ajak Ayda Jebat Bermadu

Dalam pada itu, sumber turut mengesahkan Ayda kini hamil namun tidak dijelaskan berapa minggu usia kandungannya.

Memetik laporan mStar, pihak mereka cuba mendapatkan pengesahan daripada Ayda mengenai perkara itu namun panggilan dan mesej tidak berjawab. Sumber memberitahu pasangan itu belum bersedia untuk berkongsi berita gembira itu memandangkan usia kandungan masih baru.

Terdahulu, menerusi Twitter Ayda ada berkongsikan status meluahkan rasa syukur, namun tidak menjelaskan maksud perkongsiannya itu.

Timbul spekulasi netizen membuat andaian Ayda bakal bergelar ibu dan ramai yang tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah dan tidak sabar menantikan pengumuman gembira itu.

Sementara itu, menerusi perkongsian di Insta Story Isnin lalu, Nabil ada memuat naik video reaksi Nabil mendengar perut Ayda seolah memberi bayangan isterinya sedang hamil.

“Macam-macam bunyi,” kata Nabil.

Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu dalam satu majlis serba sederhana di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail.

Pasangan itu juga berhasrat untuk memiliki 13 orang cahaya mata. Nabil berkata angka 13 merupakan nombor kegemarannya selain ingin memiliki keluarga yang ramai.