fbpx

Nabil, Isteri Bakal Timang Anak Ketiga

Tahniah diucapkan kepada Nabil Ahmad dan isteri yang baru saja mengumumkan berita bakal menimang cahaya mata ketiga. Berita baik itu dikongsi menerusi Instagram, berserta dengan gambar imbasan ultrasound bayi.

BACA: Nabil Ahmad Rujuk Ustaz Isu Rumah Tangga

“Alhamdulillah, semalam doktor sahkan isteri saya hamil lima minggu. Saya dengan isteri memang rancang untuk tambah anak ketiga selepas anak kedua cukup tiga tahun. Anak ketiga ini saya harapkan seorang lelaki pula”

“Ialah sudah dua orang anak perempuan. Ada juga kenalan dan ustaz pergi Makkah mendoakan saya. Insya-Allah, doa-doakan supaya kami dapat anak lelaki ya. Namun jika rezeki masih anak perempuan juga, kami terima dengan hati terbuka dan cuba lagilah nanti!,” jelasnya.

Kami harap keinginan Nabil tertunai untuk memiliki cahaya mata lelaki, sekurangnya dapatlah sepasang. Terdahulu Nabil dan isteri berkahwin pada tahun 2011 dan dikurniakan dua orang anak perempuan. (rtky/w)