fbpx

Nabil Ahmad Rujuk Ustaz Isu Rumah Tangga

Walaupun sudah berkahwin hampir 7 tahun dan kini memiliki dua orang cahaya mata, selebriti serba boleh, Nabil Ahmad mendedahkan dia sering merujuk kepada Ustaz Don Daniyal mengenai isu rumah tangga.

Menurut Nabil, dia selesa untuk menghubungi pendakwah dan penceramah bebas sebagai rujukan tentang pelbagai perkara termasuk hal rumah tangga.

BACA: “Peminat Wanita Ajak Senggama Tanpa Had Di Hotel”

Sebelum ini, Nabil pernah kongsikan dugaan hidupnya sebagai seorang selebriti yang sering diuji dengan dugaan yang mampu menghancurkan rumah tangga yang dibina.

Ujar Nabil, perkara yang paling dibimbangkan ialah isu keruntuhan rumah tangga yang mampu membuatkan kehidupan anak-anak musnah.

“Ustaz Don pernah memberitahu saya bahawa 70 ke 80 peratus pesalah juvana adalah mereka yang datang daripada keluarga di mana ibu bapa yang sudah bercerai.

“Jadi secara langsung saya terfikir, takkanlah saya mahu anak saya bermasalah hanya kerana disebabkan saya bermasalah. Kasihan mereka kerana saya rasa, anak saya layak untuk dapat persekitaran yang lebih bahagia dan saya tak mahu rosakkannya,” katanya kepada Sinar Harian.