fbpx

Nabil Doakan Isteri Untuk Terus Berhijab

Selain Lisa Surihani, isteri kepada pelawak terkenal, Nabil Ahmad juga kini tampil dengan penampilan berhijab. Menurut Nabil, perubahan itu amat menggembirakan hatinya sebagai suami.

BACA: Nabil Ahmad Jawab Isu Video Isteri Berkemban Tersebar

Penampilan Zira Ayub itu turut dilihat apabila wanita itu memuat naik gambarnya bertudung sejak awal Syawal lalu. Dalam masa yang sama, Nabil memohon agar peminat mendoakan niat murni isterinya itu.

“Alhamdulillah, Zira sudah bertudung sejak beberapa minggu lalu. Saya berharap kita sama-sama mendoakan dia ditetapkan hati untuk terus bertudung. Sebagai suami, saya bersyukur apabila dia menyatakan hasrat mahu bertudung”

“Malah sentiasa memberikan sokong penuh. Untuk memberi semangat dan dorongan, saya sering menghadiahkan Zira tudung. Saya berharap, orang luar menghargai niatnya yang sentiasa ingin memperbaiki diri”

Selain mengharapkan doa dari peminat, Nabil juga berharap netizen tidak terlalu menghukum jika ada kesilapan dalam perubahan isteri yang kini berhijab kerana jelasnya semua manusia inginkan keredhaan Allah.

“Doakan yang terbaik buat Zira dan janganlah ada yang menghukum kerana semua manusia ingin mencari keredaan Allah,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai penghijarahan isteri. (rtky/w)