fbpx

Nabil Ahmad Terkejut Kak Lina Undur Diri Dari GV

Hari ini pengacara Elly Mazlein atau lebih mesra dipanggil Kak Lina mengumumkan pengunduran diri dari All Stars Gegar Vaganza.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Perkara itu turut mengejutkan rakan pengacarap program itu iaitu Nabil Ahmad. Menurutnya, dia mendapat tahu mengenai perkara itu daripada portal berita.

BACA: Kak Lina Undur Diri Sebagai Pengacara Gegar Vaganza

“Saya tahu cerita ni pun dekat portal berita. Saya masih belum dimaklumkan mengenai pengunduran diri Elly.  Selalunya hari Sabtu baru kami akan dapat tahu apa-apa berita. Ia agak memeranjatkan saya,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Nabil berkata dia masih keliru tentang kesahihan berita tersebut atau sekadar gimik semata-mata.

“Saya masih belum tahu kebenaran cerita ni. Entah-entah hanya gimik atau apa ke kan? Kadang-kadang boleh jadi gimik,” katanya.

Sementara itu, Nabil berkata jika berita itu benar sudah pasti dia rindukan gelagat bersahaja Kak Lina serta berharap dapat sepentas bersama Kak Lina dan Jihan untuk kendalikan program berkenaan.