fbpx

Kak Lina Undur Diri Sebagai Pengacara Gegar Vaganza

Pengacara terkenal, Elly Mazlein atau lebih mesra dengan nama Kak Lina mengundurkan diri sebagai pengacara program All Stars Gegar Vaganza atau GV10.

Memetik Astro Gempak, dalam satu kenyataan dikeluarkan Astro, pengunduran Kak Lina itu disebabkan hal peribadi dan pihak Astro menghormati keputusan tersebut.

BACA: “Sebenarnya Saya Ni Pemalu Orangnya, Tiada Keyakinan Diri” – Kak Lina

“Dengan rasa berat hati Astro dan Kak Lina (Elly Mazlein) ingin mengumumkan pengunduran Kak Lina dari program All Stars Gegar Vaganza atas hal-hal peribadi. Walaupun berasa sedih, pihak Astro menghormati keputusan yang diambil.

“Pihak Astro ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kak Lina atas kesungguhan dan komitmen yang diberikan sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza.

“Pastinya para peminat Kak Lina masih berkesempatan untuk menonton personaliti yang disayangi ramai menerusi program-program Astro yang akan datang,” kata Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ?SaraAzlan? (@iamellymazlein)

Sementara itu, Kak Lina turut memohon maaf tidak dapat meneruskan tugasnya untuk mengacarakan program tersebut serta mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokongnya.

“Kak Lina ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong Kak Lina sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza. Sesungguhnya Kak Lina amat menghargainya. 

“Insya-Allah, kita doakan rancangan All Stars Gegar Vaganza terus berjaya dan Kak Lina berharap agar peminat-peminat kekal menyokong semua bintang GV yang bertanding,” katanya.