fbpx

Nabil Ahmad Terfikir Untuk Undur Diri Dari Dunia Seni

Mempunyai kerjaya dalam dunia hiburan, Nabil Ahmad tahu tidak akan selamanya berada di tahap selesa seperti sekarang. Dengan itu, Nabil sudah terfikir untuk berhenti menjadi selebriti dan memulakan perniagaan.

BACA: Nabil Ahmad Dikecam Lagi Persenda Caliph Buskers

“Saya tengah menyiapkan diri untuk cari sumber pendapatan lain dan kalau ada sumber lain saya ingin berhenti jadi artis. Macam Shuib dia sudah jumpa madu dia dan saya harap dimurahkan rezeki ke arah itu pula”

“Saya sayang industri cuma saya rasa sudah tiba masa saya untuk buat perkara lain. Sekarang ini saya rasa terlalu bergantung dan mengharapkan rezeki daripada industri. Saya takut kerana kita berada pada tahap ini tidak lama, ada masa kita akan perlahan,” katanya.

Menurut Nabil, kini beliau dan isteri sedang mencuba nasib dalam perniagaan kosmetik dan pakaian dan berharap perniagaan mereka itu mampu menjadi sumber pendapatan utama buat mereka suatu hari nanti.

Kerjaya sebagai selebriti memang tidak kekal lama, bila sudah sampai masanya hanya tinggal kenangan saja. Bagus juga Nabil bersiap sedia lebih awal terjun dalam bidang perniagaan seperti rakannya, Shuib Sepahtu. (rtky/w)