fbpx

Nabil Ahmad Dikecam Lagi Persenda Caliph Buskers

Bagi sesiapa yang menonton program MeleTOP tempoh hari pasti tahu gimik langsuir yang datang ke set mereka. Namun apa yang menjadi perbualan, gurauan Nabil Ahmad kepada Caliph Buskers yang cacat penglihatan.

BACA: Nabil, Isteri Bakal Timang Anak Ketiga

Menerusi video yang dimuat naik, Nabil bersahaja menyuruh langsuir itu berdiri berhampiran mereka kerana mereka pasti tidak akan menyedarinya. Walaupun kata-katanya hanya sepintas lalu tapi mengundang kemarahan netizen.

Rata-rata ramai berpendapat gurauan Nabil itu sebagai biadap dan tidak menghormati perasaan orang lain. Ada juga berasa gurauan Nabil itu tidak kelakar dengan mengejek kekurangan orang lain.

Mungkin mereka hanya ketawa mendengar gurauan itu dalam kehidupan seharian namun siapa tahu disebalik ketawa yang terukir di mulut, hati mereka terusik dengan kekurangan yang ada. Fikir-fikirkanlah (rtky/w)