Untung sungguh pengacara dan juga pelawak, Nabil Ahmad kerana sekali lagi berpeluang untuk mengunjungi tanah suci pada 27 Jun sehingga 4 Julai ini. Walaupun mengambil masa 8 hari sahaja berada di sana, istimewanya, dia bakal ditemani isteri tercinta.
BACA: Nabil Ahmad Enggan Sentuh Bukan Mahram
“Alhamdulillah 10 malam terakhir saya akan bersama isteri berpuasa di Mekah sambil mengerjakan umrah. Jemputan ini sebenarnya untuk penggambaran “Perjalanan Haji Nabil” secara tak langsung saya dapat bawa isteri sekali ke sana. Lagipun isteri saya pertama kali ke sana”
“Saya tak nafikan sungguh teruja nak ke sana bersama isteri, saya harap masing- masing mendapat kebaikan dan kelebihan bersama di tanah suci,” katanya kepada Rotikaya.
Pun begitu, masalah kesihatan ibu Nabil sendiri menjadikan dia berat hati untuk ke sana tetapi berkata adiknya yang baru sahaja tamat belajar diharapkan dapat membantu dan merawat ibunya di rumah.
“Berat hati juga, tapi adik saya memang baru habis belajar di rumah sahaja. Alhamdulillah agak senang untuk saya bergerak,” tambahnya lagi. (rtky/h)