fbpx

Nabil Ahmad Nafi Dibayar RM40,000 Jadi Pengacara

Baru-baru ini tular video dikongsikan pengguna TikTok dengan tajuk Top 7 Bayaran Pengacara Selebriti Termahal, mendakwan Nabil Ahmad merupakan pengacara yang mendapat bayaran tertinggi di Malaysia.

Menerusi video itu, Nabil yang juga pengacara program Gegar Vaganza selama sembilan musim dibayar sebanyak RM40,000.

BACA: Nabil Ahmad Tak Tahu Arwah Bapa Ada Masalah Jantung

Memetik Harian Metro, Nabil menafikan dakwaan tersebut serta mengatakan dia tidak pernah mendapat bayaran setinggi itu dan tidak berani meletakkan harga sedemikian.

“Ya Allah, kalau dia letak itu nilai untuk saya, yang mana nilai mengacara yang mahal, mestilah gembira. Nilai di sini bukan sebagai duit, tapi nilai hos mahal iaitu ada standard tersendiri. 

Namun, untuk harga tak pernah dapat bayaran macam tu. Kalau dikira mengikut kerja berepisod memanglah banyak. Tapi, untuk dapat satu harga, saya sendiri tak berani letak harga macam tu,” katanya.

Dalam pada itu, Nabil berkata dia hanya akan meletakkan harga yang sederhana dan apa yang yang lebih bernilai untuknya jika mendapat maklum balas positif mengenai cara pengacaraannya.

“Saya ni belajar semasa mengacara, nak klien puas hati dengan kita, puas hati dari segi mengacara dan harga. Sebagai contoh kalau saya buat acara korporat, kalau letak harga tinggi, jangkaan orang juga tinggi. 

“Kalau harga diberi sederhana, klien pun okay. Jadi, jika ada cakap mengacara biasa saja, ia sesuai dengan harga. Tapi, apabila letak harga okay dan orang memberikan maklum balas mengacara bagus, ‘best’, itu lebih bernilai pada saya,” katanya.

Difahamkan, dalam video tersebut turut dikongsikan bayaran diterima pengacara lain antaranya Zizan Razak (RM30,000); Datuk AC Mizal (RM28,000); Datuk Aznil Nawawi (RM25,000 hingga RM28,000); Awal Ashaari (RM25,000); Raja Azura (RM23,000) dan Fara Fauzana (RM20,000).