fbpx

Nabil Ahmad Tak Tahu Arwah Bapa Ada Masalah Jantung

Kehilangan bapa tercinta, Allahyarham Ahmad Ismail akibat komplikasi jantung, Khamis lalu, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad berkata pemergian bapanya itu disifatkan tiba-tiba.

Memetik Harian Metro, Nabil berkata dia tidak pernah tahu arwah menghidap penyakit jantung kerana mengetahui bapanya sihat dan hanya ada penyakit diabetes.

BACA: Nabil Ahmad Rai Anniversary Di GV9, Netizen Persoal Bawa Hal Peribadi Atas Pentas 

“Alhamdulillah, Allah berikan peluang kepada abah untuk mengucap dua kalimah syahadah dengan sempurna sebelum ditidurkan. Itu adalah perbualan terakhir kami.”

“Pada Khamis minggu lalu ayah sakit dada. Betul-betul dua hari selepas dia membuat kejutan kepada saya di program MeleTop. Jadi, dia terus dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban. Kemudian, dia dipindahkan ke Hospital Serdang bagi menjalani pemeriksaan lanjut.

“Selama ini kami sekeluarga tidak pernah tahu dia ada jantung tersumbat dan tak pernah buat rawatan jantung pun sebab dia memang sihat, cuma tahu dia ada diabetis,” katanya.

Berkongsi mengenai pertemuan terakhir mereka, Nabil memberitahu dia sempat mengajar bapanya mengucap dua kalimah syahadah sebelum ditidurkan.

“Pagi kelmarin, doktor menghubungi dan minta waris datang ke hospital. Saya orang pertama sampai dan tengok dia sangat ‘struggle’ nak bernafas. Perbualan akhir saya dengan ayah adalah ketika mengajar dia mengucap dua kalimah syahadah. 

“Kemudian adik saya sampai dan dapat duduk beberapa minit sebelum paras oksigen menurun hingga 25. Doktor terus tidurkan,” katanya.

Menurut Nabil lagi, bapanya dipindahkan ke Hospital Serdang untuk menjalani pembedahan pintasan jantung namun Allah lebih sayangkan arwah bapanya.

“Ayah dimasukkan ke Hospital Serdang untuk menunggu giliran menjalani pintasan jantung. Ikut prosedur kena tunggu tiga minggu. Tapi itulah, Allah lebih sayangkan dia. Saya rasa kehilangan tiba-tiba dan tak percaya dia sudah tiada.

“Alhamdulillah, urusan pengebumian selesai semalam dan dipermudahkan. Saya sebenarnya bersyukur Allah permudahkan urusan. Sakitnya seminggu saja. Saya pun tak kongsi dia sakit. Ujian dia, dia tak susahkan sesiapa,” katanya