fbpx

Nabil Ahmad Hulur Bantuan Rakan Sekampung Menganggur Lepas PKP

Umum mengetahui ramai yang terjejas pendapatan apabila kerajaan melaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Malah, ramai penggiat seni turut terkesan termasuklah Nabil Ahmad berikutan banyak komitmen seni tergendala.

Meskipun berdepan cabaran sepanjang PKP, bagaimanapun Nabil tetap membantu rakan-rakanya yang terkesan. Menurut Nabil setiap hari dia menerima mesej daripada teman sekampung meminta bantuan akibat hilang pekerjaan sejak PKP.

BACA: Nabil Ahmad Dedah Rahsia Sentiasa Murah Rezeki

“Kita tahu bagaimana keadaan ekonomi kita sekarang. Disebabkan PKP, ramai yang hilang pekerjaan. Sekarang, hampir 70 hingga 80 peratus kawan-kawan saya di kampung menganggur.

“Jadi, ramai yang menghubungi meminta dipinjamkan wang. Kawan-kawan kampung saya kenal dari kecil, takkan tak dibantu. Apatah lagi, ada antara mereka mempunyai ramai anak. Tapi saya beri ikut kemampuan,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Nabil akui perit apabila tidak dapat menjana pendapatan sepanjang tempoh tiga bulan akibat COVID-19. Namun, Nabil bersyukur kerajaan membenarkan penangguhan bayaran balik pinjaman atau moratorium. syukur

“Sejujurnya, sepanjang PKP, saya tidak ada pendapatan kecuali sebagai pengacara Meletop. Pengurus saya beritahu ‘show’ dan acara dari Mac hingga Disember, semuanya dibatalkan.

“Ada lebih 20 acara dibatalkan dengan kerugian ratusan ribu ringgit. Tanpa kemudahan itu, saya tidak akan ‘lepas’ disebabkan banyak acara dibatalkan. Apatah lagi, komitmen saya tinggi,” katanya.