fbpx

Nabil Ahmad Dedah Rahsia Sentiasa Murah Rezeki

Siapa yang tidak mengenali selebriti serba boleh, Nabil Ahmad. Bukan saja berbakat dalam bidang komedi, malah sebagai pelakon dan pengacara. Sedar tak sedar sudah enam tahun Nabil mengacarakan program popular Gegar Vaganza.

Menurut Nabil berkata ramai rakan artis bertanyakan rahsia murah rezeki dan kejayaannya kerana mahu mengikuti jejak langkahnya. Nabil berkata rahsia dia berjaya hari ini sejak bergelar artis dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab membayar zakat.

BACA: “Takkan Tiba-Tiba Nak Ubah Jadi Alif Satar?”

“Saya percaya dalam hidup usaha dan kesungguhan dalam melakukan sesuatu bukanlah satu-satunya punca kita berjaya tetapi sebaliknya kita kena lihat sisi lain dalam aspek kehidupan kita.

“Termasuklah membayar zakat. Alhamdulillah sepanjang saya bekerja, saya tidak pernah melaksanakan tanggungjawab dalam rukun Islam itu.

“Alhamdulillah, hidup saya lebih tenang malah rezeki yang Allah berikan berlipat kali ganda. Saya bersyukur dapat merasai kenikmatan itu di dunia tetapi lebih penting saya mahu merasai ganjarannya pada akhirat pula,” katanya.

Dalam pada itu, Nabil turut menyeru semua umat Islam tampil membayar zakat dan yakin dengan janji Allah bahawa berzakat itu tidak akan mengurangkan harta tetapi akan dimurahkan lagi rezeki kita.

Walaupun cara pengacaraannya sering dikecam dan adalakanya gurauannya dikatakan tidak menghormati perasaan orang lain, namun perkara baik yang dilakukan oleh Nabil ini patut dijadikan contoh.