Nabil Ahmad Hidap Angin Pasang, Masih Bergantung Pada Ubat
Tiada muncul pada konsert pertama Gegar Vaganza minggu lalu, bagaimanapun Nabil Ahmad mendedahkan dia diserang penyakit hernia (angin pasang) hingga menyebabkan tidak dapat beraksi di pentas Ahad lalu.
Nabil berkata meskipun pernah menjalani pembedahan beberapa tahun lalu namun dia masih berisiko untuk berdepan serangan penyakit yang sama sekiranya dia mengabaikan kesihatan.
BACA: Nabil Ahmad Rugi Ratusan Ribu Ringgit Kerana Covid-19
“Saya kena serangan angin asang tetapi tidak serius. Saya pernah menjalani rawatan untuk penyakit ini beberapa tahun lalu tapi ia datang balik secara tiba-tiba.
“Sakit memang sakit, senak sampai tak boleh bangun! Siapa yang ada pengalaman faham apa yang saya lalui. Sekali dia serang sumpah tak nak kena lagi,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Nabil memberitahu dia semakin pulih namun masih bergantung pada ubat-ubatan dan perlu menjalani pemeriksaan berkala. Malah, doktor menasihatinya untuk menjaga kesihatan dan tidak terlalu aktif bekerja.
“Sekarang sudah beransur pulih, tinggal 10 peratus lagi bergantung pada ubat-ubatan dan berulang-alik ke hospital. Saya dinasihatkan untuk sentiasa bersenam, menjaga kesihatan sebab saya terlalu aktif keluar bekerja. Berdiri lama-lama dan stress.
“Makan pun tak jaga, tidur lambat. Jadi, sentiasalah jaga kesihatan diri! Kita selagi tak kena peringatan, malas jaga diet. Kadang-kadang kita lupa umur semakin meningkat. Ini merupakan satu peringatan yang sangat baik dari Allah,” tambahnya.
- SUMBER
- Astro Gempak
sakit angin pasang tu apa ya??? adakah sakit org lelaki yg ”’tuttttttt dia mcm ilang tu ke?? soriii klw silap
Angin psg tu, telur llki bsr kn. Dia jd tegang
peringatan kepada yang selalu angkat benda berat atau selalu gym.. hati2 dan berpada pada lah yang. jangan terlalu lebih angkat berat tu. biasanya angin pasang boleh jadi sebab genetik, angkat benda berat ni. angin pasang tu adalah usus terkoyak yang menyebabkan testis menjadi besar. maknanya usus masuk ruangan testis. ada yang bahagian bengkak sekitar bahagian pusat dan lain2 jenis penyakit jenis angin pasang ni.
petua org dulu dulu utk hernia.tuam dengan jintan hitam selamat ssminggu sshari 3 kali lepas mandi,berurut, dan jgn minum air sejuk yg ssjuk sbb ais batu, dan mesti minum air masak bersih secukupnya setiap hari.
kalo xpercaya dgn tips lama, other tip os boleh buat kat any hospital hernia operation.
semoga bermanfaat dah cepat sembuh. sakit sgt kalo hernia terasa perut pon xselesa
Hernia atau angin pasang tu bukan tolo ker.. tut ker.. dia usus yg timbul yer di bahagian sekitar obdomen.. sekian..
Angin masuk telur. Telur jadi besar. Kan? Tu yg aku dgr la.