fbpx

Nabil Ahmad Gembira Surau Impian Dalam Rumah Dah Siap Dibina

Pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad berkongsikan berita gembira surau idaman di dalam rumah yang diimpikannya akhirnya siap dibina.

Berkongsikan berita itu di Instagram, Nabil mengucapkan terima kasih kepada pasukan yang bertanggungjawab menyiapkan surau tersebut dengan sentuhan kraftangan panel yang cantik dan kemas.

BACA: Nabil Ahmad Amal Solat 17 Rakaat Sebelum Subuh, Ganti Solat Fardu Zaman Jahil

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

“Alhamdulillah settle surau!! Jazakallah kepada @team.alfateh yang merialisasikan impiana untuk siapkan surau ni.

“Memang kemas sangat workmanship!! Semoga Allah balas jasa baik tuan-tuan dengan kemudahan dunia dan akhirat. Amin amin ya rob!!” tulisnya.

Perkongsian Nabil itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen serta rakan artis iaitu Saharul Ridzwan yang turut menyatakan hasrat membina surau dalam kediaman sendiri suatu hari nanti.

“Doakan saya jugak bang ada surau jugak dalam rumah,” tulis Saharul Ridzwan.

Memang seronok bila ada surau dalam rumah, boleh solat berjemaah dengan keluarga setiap hari. Seronok tengok Nabil akhirnya dapat surau idaman.