Nabil Ahmad Amal Solat 17 Rakaat Sebelum Subuh, Ganti Solat Fardu Zaman Jahil
Kini berhijrah ke arah lebih baik, pelakon dan pengacara Nabil Ahmad berkata dia kini berusaha menebus kembali ibadah wajib yang pernah ditinggalkan dulu.
Menurut Nabil, dia kini mengamalkan solat 17 rakaat setiap pagi sebelum masuk waktu Subuh bagi menggantikan solat fardu itu.
BACA: Nabil Ahmad Anggap Zul Ariffin Sedang Diuji, Minta Netizen Mendoakan Bukan Kecam
“Ketika awal sertai usaha sebarkan dakwah, saya memang seorang yang jahil, mengaji al-Quran pun tidak pandai.
“Sering mendengar azan namun tidak ke masjid, tapi sekarang ini Allah berikan saya rasa kemanisan dalam Islam. Saya cuba untuk solat 17 rakaat sebelum Subuh bagi menggantikan semula waktu solat yang tertinggal.
“Bagaimanapun seorang sahabat nasihatkan agar tidak terlalu memaksa diri. Apa yang penting adalah istiqamah,” katanya.
Solat 17 rakaat yang dimaksudkan Nabil itu ialah solat fardu lima waktu iaitu Subuh (2 rakaat), Zohor, Asar dan Isyak masing-masing empat rakaat dan Maghrib.
Dalam pada itu, Nabil berkata cabaran paling sukar adalah untuk fahamkan isterinya, Nazirah Ayob setiap kali dia meninggalkan rumah dalam tempoh masa lama untuk usaha dakwah.
“Kalau dulu saya sering habiskan masa bersama keluarga dirumah jika waktu cuti, tapi sekarang ini lebih banyak keluar dan tinggalkan keluarga untuk tempoh lama.
“Saya ingatkan isteri bahawa ini adalah pengorbanan bantu kita semua di akhirat nanti. Semoga Allah memberi ganjaran dengan pengorbanan yang sedikit ini,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
ni ajaran apa ni sembahyang 17rakaat? ada ke dalam quran? mintak tolong jgn sesat kan orang
Tu pun nak bgitau ka
Penunggang
Boleh kusyuk ke sampai 17?
5 pun jenuh sya. Tolong kasi tips…pliz
berhenti la jadi artis…cam x sesuai
bagus apa ko buat ni nabil, tp ibadat ni klw boleh biarlah sorok2. nak plak perkara yg klw ko tak citer, org takkan tau. dan lagi satu, tu antara ko dan tuhan. ko jgn lupa, hubungan ko ngan manusia pun kena jaga jugak. ngan tuhan ko boleh bersujud minta ampun. ngan manusia, ko kena minta maaf. ko mulut celupar, ada yg kata2 ko, org terasa tapi ko bahan org selamba batak ko je. buat la pengumuman, minta maaf satu dunia… baru selesai masalah ko ngan manusia
Apesal kecam dia solat qadha. Patutnye jd kan dia teladan. Mungkin selama ni dia x prnh solat sepnjg hari. Masa dia jahil. Aku tabik ko bil. Walaupun ada baiknye ko x bg tahu byk sgt bab amal ibadat. Bimbng kita timbul ujub pula. Apa2 pun yg baik kita sokong. Yg gatal kita pangkah.
17 rakaat tu bkn solat qada tp tu solat sunat qabliah, baqdiah. Solat sunat tu x bole ganti solat yg kita dah tinggal dulu2 pun. Ia cuma solat sunat biasa utk “tampal” mana2 kekurangan pd solat wajib 5 waktu jek.
Quality solat yg penting bukaan rakaat.
Albabhalal.
Ko x tau ke solat fardhu 17 rokaat.
Subuh 2
Zuhr 4
Asar 4
Mghrib 3
Isyak 4
Solat rawatib yg muakkad
2 rokaat sebelum solat subuh
4 rokaat sebelum solat zuhr
2 rokaat selepas mghrib
2 rokaat selepas isyak (lg baik buat 4 dpt pahala mcm ko ibadat mlm lailatul qadr)
Kalo aku trsilap sila btulkan. Kongsi2 info utk jd lebih baik ye min. Walaupun dlm blog gosip kah3x
17 rokaat tu solat yg dia qadha. Ko x bc ke. Solat sunat rawatib pun kita perlu buat tp bkn satu kali harung 17 rokaat. Solat qadha ni atok aku ckp x patut buat pun sbnearnya sbb kita haram mninggalkan solat. Kecuali kita tertidur atau ada keuzuran. Solat rawatib hanya tampal kekurangan solat fardhu. Ia tak sama nilai dgn solat fardhu. Jgn tinggal solat. Tu tiang agama. Aku pun bkn sempurna tp lps aku period aku cuba x tinggal solat. Semoga semua amal kita diterima Allah.
Dulu masa zmn dia jahil x sudah2 sembang dia x sangka boleh berjaya sebab asalnya dia sorg mat despatch tp tiba2 jd retis yg kaya raya. Ni dah join tabligh asyik laa up citer dia sibuk buat amal tu, amal ni pulak. Nanti bila dia dah masuk 4 series apa pulak dia citer kt netizen yer?
nabil jauh lagi baik dari kita semua… biar la dia cerita, lagipun tu solat fardhu… mana la tau asbab dia cakap ni, boleh menyentuh hati orang lain untuk qada solat yg tertinggal selama ni… Allah yang beri hidayah
Albabhalal tu bongok. Pasal tu tahu kecam org je.. sedih..
Dah bnyk kali ustaz2 pesan nak amik contoh tauladan yg baik pergi ke tempatnya iaitu kuliyyah agama. Setakat retis2 ni mrk manusia2 lagha mcm kita yg celang celup kejap baik kejap lalai. Bukan suri tauladan yg baik. Sebaik2 manusia tu Rasulullah, itu suri tauladan yg xde galang ganti!
Motif hebah2…. Senyap dah amalan ko simpan buat bekalan manusia x perlu tahu.
ini pun jadi berita? motif??? ramadhan tiba ramadhan tiba? come on la amalan kita hanya dengan Allah, tak perlu tunjuk menunjuk nanti riak atau..
Alhamdulillah, at least ad usaha nak qada’. Just utk kongsi, ari tu ad dgr yg kalau nak qada solat kena qada pada waktunya..meaning qada solat subuh pd waktu solat subuh, qada solat zohor pada waktu zohor, qada solat asar waktu asar..ad yg ckp mcm tu..tp xtau ya, saya pun xtau benda ni, dgr je ustazah ckp..melainkn qada trlajak tidur. Dianjurkan bangun2 terus solat waktu yg trlepas tu..
Dia qadha la yg lama2…kan bagus perubahan yg baik. Wartawan tanya dia jawab la, nabil ni jenis terus terang
Alah buat yang penting je tapi ramai nak menunjuk yang mereka tu terlebih islamik dari lain dan tergolong dalam ahli syurga. Tak de makna semua ni
Qada bagi solat fardu yang telah luput boleh dilakukan pada bila-bila waktu. Daripada Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
???? ?????? ??????? ??????????? ????? ?????????? ??? ?????????? ????? ?????? ??????
Maksudnya: Barangsiapa yang terlupa menunaikan solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila teringat, tiada kaffarah baginya melainkan demikian itu.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Bila nak solat kita utamakan buat yg tunai. Maksudnya kalo x cukup masa, antara buat solat qada dan solat tunai wajib kita setel yg tunai dulu.