fbpx

Muzik Video Lagu Raya Siti Nurhaliza Dikritik Tak Kreatif, Tiru Adele

Baru-baru ini, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza melancarkan lagu raya terbaru berjudul Lip Lap Raya.

Bagaimanapun, muzik video (MV) lagu tersebut dikritik peminat apabila dikatakan berkualiti rendah dan mendakwa konsep MV itu hampir sama dengan MV Oh My God nyanyian Adele.

BACA: Rakam Siti Nurhaliza Keluarkan Duit Di ATM, Peminat Buat Aafiyah Takut

Mengulas mengenai kritikan itu, menerusi mStar Online, Siti berkata semua orang berhak untuk memberikan pandangan mereka masing-masing, baginya apa penting mesej lagu itu berjaya disampaikan.

“Apa sahaja orang nak katakan saya sudah biasa sejak dari awal lagi. Itu adalah hak mereka untuk bercakap, Apa yang penting matlamat dan maksud lagu itu berjaya disampaikan,” katanya.

Dalam pada itu, Siti berkata konsep MV lagu itu tidak seperti kebiasaan seperti lagu raya lain apabila tampil lebih elegan dan santai.

“Bila sebut hari raya orang dah biasa dengan suasana meriah seperti ketupat atau bunga api. Itu adalah kebiasaan. Bagaimanapun saya suka dengan konsep yang ditampilkan kali ini kerana lebih elegan dan santai,” katanya.