fbpx

Muzik: Hujan Band Lepaskan Lagu Raya Segera, Inspirasi Dari Rakan

Kalau sudah namanya pemuzik berbakat, apalah sangat kalau mahu keluar dengan sebuah lagu kurang dari 12 jam. Itu’lah Noh Hujan.

Hari ini, sehari sebelum Aidilfitri menjelma, Hujan berjaya melepaskan sebuah lagu raya percuma buat peminat berjudul ‘Baju Melayu Di Pagi Raya‘.

Menurut Noh Hujan melalui Twitter rasmi beliau, lagu raya ciptaan beliau ini di’inspirasikan dari misi mencari baju Melayu oleh rakan beliau di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Noh Hujan mengambil masa sejak jam 5 pagi tadi sebelum berjaya melepaskan versi kasar lagu ini ke Mediafire untuk di’muat turun secara percuma oleh peminat. True musician we have here.

Satu kisah sedih di’sebalik kisah pencarian baju Melayu ini, kereta rakan Noh Hujan yang di’maksudkan di’pecah masuk pencuri ketika beliau sibuk membeli belah. Dan, rakan tersebut lupa untuk membeli butang baju & sampin.

Video lagu ‘Baju Melayu Di Pagi Raya’ oleh Hujan Band selepas ini. Tidak kami berniat untuk mencabul hak cipta mereka, enjoice!