Hanis Zalikha Hanya Benarkan Anak Tengok TV Hujung Minggu Sahaja
Setiap ibu pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan tidak mahu anak hanya asyik menonton televisyen atau ketagih dengan gajet. Seperti Hanis Zalikha, pelakon itu mendedahkan dia hanya membenarkan anak-anak menonton televisyen hanya pada hujung minggu.
Perkara itu dikongsikan oleh Hanis menerusi soal jawab bersama pengikutnya di Inst Story. Kata Hanis lagi dia hanya membenarkan anak menonton televisyen pada hari Sabtu dan Ahad serta mempunyai tempoh yang telah ditetapkan.
BACA: Hanis Zalikha Dikecam Buat Video Masakan Dalam Bahasa Inggeris
“Budak-budak ini hanya dapat menonton televisyen pada hari Sabtu dan Ahad. Pukul 6 petang, televisyen sudah ditutup,” katanya.
Dalam pada itu, ada pengikutnya yang bertanyakan sama ada adakah anak-anaknya tidak bosan kerana tidak menonton televisyen. Bagaimanapun, Hanis menjawab anak kecil tidak mudah berasa bosan jika dibandingkan dengan emosi orang dewasa.
“Sebenarnya anak-anak kecil sangat hebat, imaginasi mereka sangat tinggi. Mereka bukan macam kita mudah tepu dan cepat bosan.
“Kanak-kanak mampu berfikir dengan kreatif dalam suasana yang paling kosong dan dengan barang yang terhad,” jawabnya.
Terdahulu, Hanis pernah mendedahkan tidak memberi anaknya menggunakan gajet ketika pada usia masih kecil.
Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada Jun 2015. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 4, dan Alisa Aisyah kini berusia setahun.
- SUMBER
- Kosmo!
Xpe.. Yg penting hairul azreen comel sgt.. Moga bahagia hingga ke syurga
kenapa bagitau netizen, buatlah sukahati anakmu kan.
apa kami peduli bila bagi tengok pun.
bagitaulah laki tak nak dengar nasihat org tu.
so nak kata hebat ke camne? nnt anak leh jadi doktor ke atau peserta tayang body?? anak angkasawan pun x belagak macam ko! family paling poyo doohh. budget hebat budget bagus. kene hebah ke? ko x tau lagi masa akan datang so ko diam la looll
Baru anak dua dah acah acah supermon lah sangat…..puiiiiii. laki bini poyo.,,
Tv tu lmbat rosaklh..mau 30 tahun baru rosak..remot punya bateripun 4 tahun skli tukar hrga rm10.00 dauble a ke triple a entahlh..mls aku nk check..
Biarlah..yg penting korang bhgia
sy ske tgk tv..tp ank sy x ske tgk tv.. dia ske main toys.. betul la ank lebih kreatif..
Saya bukakn tv utk anak, tpi tv yg melihat dia, aku pun sambil2 jeling2 je tv tu, sbb cerita tak ada yg menghiburkan tak menyeronokan yg mmbuatkan kita duduk terpacak tak bangun2 di depan tv, cerita skrg kita lihat dri jauh je sambil cuci pinggan dn menyapu..(maksudnya..cerita x best skrg2).
yelah kan…. tv bagi hujung minggu
gadjet bagi hari2