fbpx

“Mungkin Klise, Tapi Andai Ada Jodoh Kami Pasti Bersatu”

Hubungan rapat antara pelakon dan penyanyi cantik, Erra Fazira dan bekas pelajar AF 8, Shahir bukanlah lagi satu cerita baru. Boleh dikatakan bertahun lamanya peminat Erra menantikan berita gembira mengenai hubungan pasangan ini.

Minggu lalu, dalam satu kenyataan Erra memberitahu dia tidak pasti tentang status hubungan mereka, malah sukar untuk mengatakan mengenai kududukannya sekarang kerana hubungan masih kabur.

BACA: “Cakap Nak Meminang Tapi Tiada…”

Terbaru, kali ini Shahir pula mengulas mengenai hubungannya dengan pelakon cantik itu. Namun, Shahir hanya memberikan jawapan klise dengan mengatakan jika ada jodoh antara mereka, pasti akan bersama.

“Jika jodoh tidak ke mana. Hanya itu jawapan paling ikhlas yang dapat saya berikan. Mungkin kedengaran klise, tetapi insya-Allah, andai ada jodoh, kami pasti bersatu,” katanya kepada BH Online.

Mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan Erra, Shahir memberitahu hubungan mereka masih baik meskipun jarang berjumpa. Katanya lagi, masing-masing sibuk dengan kerja dan Erra memahami situasinya.