Pelakon Kamal Adli menerusi satu perkongsian di Instagram memaklumkan keadaanya kini semakin stabil namun masih dalam proses rawatan.
Menerusi entri itu juga, Kamal mengucapkan terima kasih buat artis-artis serta rakyat Malaysia dan Singapura yang membantunya ketika kejadian.
BACA: Kamal Adli Cedera Parah Diserang Lelaki Tak Dikenali
View this post on Instagram
“Alhamdulillah, amin, Kamal semakin stabil, tapi masih di bawah rawatan untuk tahan sakit, nanah, lebam di badan dan dijaga isteri saya.
“Terima kasih atas doa kalian terutamanya artis-artis di gerai jualan dan juga orang-orang Malaysia dan Singapura yang menolong Kamal.
“Cuma, Kamal harap, semua orang tolong jaga keselamatan kerana kita tak tahu siapa suka atau benci kita,” tulisnya.
Dalam pada itu, Kamal turut meminta mendoakan buat isterinya, Uqasha Senrose yang masih trauma dengan serangan tersebut serta meminta orang ramai tidak bergaduh.
“Doakan untuk isteri saya yang masih trauma kerana isu ini. Saya sayang isteri saya. Yang ketuk saya, seorang sahaja, bukan satu Singapura. Jangan bergaduh,” tulisnya.