fbpx

“Mungkin Isteri & Anak Macam BCL Bila Aku Pergi Nanti”

Ramai yang terkesan dengan pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair termasuklah pelakon Aeril Zafrel yang membayangkan situasi yang dihadapi anak dan isterinya, Wawa Zainal jika dia pergi dahulu suatu hari nanti.

Menerusi Twitter, Aeril berkongsikan video memaparkan isteri arwah Ashraf iaitu Bunga Citra Lestari bersama anaknya, Noah Sinclair yang kelihatan sedih ketika pengebumian Allahyarham.

BACA: Aeril Zafrel Terkilan Anak Dihina Macam Pengemis 

Perkongsian Aeril itu turut mendapat perhatian netizen yang turut membayangkan jika perkara sama terjadi pada diri masing-masing. Malah, mereka tidak terbayang bagaimana jika mereka pergi dalam keadaan anak-anak masih kecil.

Dalam pada itu, ada netizen mengatakan mati itu pasti dan hargailah setiap detik bersama orang yang tersayang.

Terdahulu, Ashraf Sinclair atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohamad Sinclair, 40 tahun meninggal dunia selepas mengalami serangan sakit jantung Isnin lalu. Jenazah dikebumikan di San Diego Hill, Kerawang, Jakarta.