fbpx

Aeril Zafrel Terkilan Anak Dihina Macam Pengemis

Semalam bermulanya sesi persekolahan bagi tahun 2020 dan sudah tentu foto selebriti menghantar anak pada hari pertama persekolahan antara yang menjadi perhatian ramai.

Tidak ketinggalan pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal turut berkongsikan foto mereka menghantar anak-anak mereka Ahmad Fakharuddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa di sebuah sekolah swasta.

BACA: Belum Habis Pantang, Aeril Zafrel Minta Tambah Anak Lagi

Namun, perkongsian Aeril itu mendapat pelbagai komen negetif daripada netizen yang mengecam imej anaknya yang berambut panjang ke sekolah. Malah, ada yang menyifatkan tindakan Aeril berkongsikan foto tersebut seolah menunjuk-nunjuk dan riak.

Menerusi Twitter, Aeril mengatakan niatnya memuat naik fotonya bersama anak-anak hanya untuk gambar kenangan namun lain yang jadi. Aeril turut memuat naik komen-komen negatif netizen mengenai gambar tersebut.

Menerusi satu lagi Tweet, Aeril seolah memerli netizen dengan mengatakan mereka yang rambut pendek sahaja yang mempunyai akhlak baik dan dijamin masuk syurga.

Dalam pada itu diruangan komen, rata-rata netizen meminta agar pelakon itu tidak mengendahkan komen-komen negatif dan bersabar dengan segala komen yang dilemparkan apatah lagi mengenai anak-anaknya.