fbpx

“Mungkin Balasan Tuhan Kerana Aku Nak Potong Kemaluan”

Usahawan kosmetik, Safiey Illias berkongsi kereta mewahnya yang dipandunya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya semalam. Apa yang menarik perhatian, kenyataan Safiey menganggap kemalangan itu terjadi kerana balasan Tuhan.

BACA: Didakwa Bawa Bala, Gerai Safiey Illias Diboikot

Melalui entri terbarunya, Safiey memuat naik gambar kereta mewahnya yang remuk teruk di bahagian depan dan menganggap kemalangan itu terjadi kerana niatnya untuk memotong kemaluan dan menukar jantina.

Bagaimanapun di ruangan komen, pelbagai reaksi netizen dapat dilihat. Selain ramai memintanya bertaubat, ada juga mendakwa usahawan itu hanya ‘propa’ kerana sudah banyak kali ingin berubah tapi akhirnya sebaliknya.

Rata-rata pengakuan Safiey itu juga membuatkan netizen terkejut kerana terlalu terbuka mengakuinya. Apapun harapnya Safiey jadikan pengalaman ini sebagai iktibar dan berfikir panjang sebelum bertindak. (rtky/w)