Sebelum ini, kisah penghijrahan usahawan kosmetik Safiey Illias menjadi perhatian ramai. Namun, transformasinya yang kembali menjadi seorang perempuan membuatkan netizen kurang senang dan ada yang mengatakan Safiey menggunakan agama untuk meraih perhatian demi perniagaannya.
Baru-baru ini, nama Safiey sekali lagi menjadi bualan ramai apabila kedatangannya ke satu program di Ipoh mendapat bantahan oleh badan bukan kerajaan (NGO) sehingga gerainya diarahkan tutup. Menerusi Instagram, Safiey meluahkan rasa terkilan apabila gerainya terpaksa ditutup dan kehadirannya ke acara tersebut didakwa membawa malapetaka.
BACA: Safiey Illias Putus Cinta, Tak Mahu Lagi Dikaitkan
Katanya lagi, tindakan menghalangnya hadir ke program berkenaan tidak wajar kerana banyak lagi perkara diberi perhatian. Safiey juga turut meluahkan rasa kasihan terhadap pekerjanya yang mahu mencari rezeki membantu keluarga namun terpaksa pulang.
Insiden yang menimpa Safiey itu dilihat sebagai perkhabaran gembira bagi segelintir netizen. Rata-rata netizen meluahkan rasa syukur apabila gerainya diboikot dan berharap ianya menjadi pengajaran buat Safiey. Namun, ada juga netizen tidak bersetuju dengan tindakan memboikot gerai Safiey kerana ia seolah menutup pintu rezeki seseorang.
Bagaimanapun, bukan saja gerai Safiey diarahkan tutup, malah gerai milik usahawan popular, Nur Sajat yang dikendalikan oleh pihak stokis negeri turut diganggu oleh pihak NGO berkenaan.