fbpx

Muncul Dengan Album Solo, Noh Salleh Ingin Bermula Dari Bawah

Penyanyi Noh Salleh yang juga suami kepada penyanyi dan kini bergelar usahawan Mizz Nina, menjelaskan bahawa dia mahu bermula dari bawah seperti penyanyi baru yang lain dalam rangka promosi album solonya yang terbaru berjudul Angin Kencang.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

“Saya mahu dikenali dan bersaing secara sihat seperti artis baru, kalau radio ingin mainkan lagu saya biarlah kerana atas permintaan peminat dan bukan kerana nama saya”

Tambahnya lagi, dia tidak mahu menggunakan populariti yang sedia ada untuk mempromosikan lagu-lagunya di radio dan biarlah bersaing secara sihat seperti artis baru yang lain.

“Saya tidak akan guna nama dan populariti yang ada untuk minta lagu-lagu saya diputar di radio, biar lagu tersebut dipromosikan menggunakan langkah seperti mana artis baru yang lain,” katanya yang ditemui semasa majlis pelancaran album Angin Kencang di White Box Publika.

Sementara itu, album yang memuatkan 6 buah lagu ciptaan sepenuhnya oleh Noh mengambil masa 2 tahun pembikinannya dan lebih mengikut rentak French pop klasik sekitar era 70 dan 80an. Noh juga bercadang untuk memasarkan albumnya ini di Indonesia dan bakal mengadakan showcase untuk para peminat sekitar Disember ini. (rtky/hfz)