fbpx

“Mula-Mula Terhibur, Dah Lama Meluat Pula Drama Diorang”

Ramai yang terhibur dengan video tular baru-baru ini dimana Siti Sarah membuat kejutan buat suaminya, Shuib apabila dia menghias motor Ysuku milik pelawak tersebut.

Namun, lain pula jadinya sekarang apabila ramai netizen meluat dan meluahkan rasa tidak senang dengan video terbaru suami isteri tersebut.

BACA: Minta Izin Beli Motor, Siti Sarah Kesal Suami Dituduh Dayus

Video terbaru itu memaparkan motosikal Shuib berada di bengkel dan hiasan bunga yang dipasang sebelum ini terpaksa dibuka, sekaligus membuatkan Sarah menjerit kuat.

https://www.instagram.com/p/BzXEwbNHpCk/?utm_source=ig_embed

Rata-rata netizen mengecam dan menyifatkan video tersebut hanya satu strategi dilakukan untuk menarik lebih ramai penonton ke siaran YouTube mereka.

Malah ada yang mengatakan, lakonan yang dipaparkan sudah tidak lagi menjadi dan netizen sudah bosan dengan video yang dikongsikan.

 

Bagaimanapun, ada yang mempertahankan pasangan itu bahawa video itu dibuat untuk menghiburkan penonton dan peminat mereka namun ianya di salah anggap kononnya untuk publisiti semata-mata.

Ada juga yang memberikan komen sindiran kepada netizen lain dengan mengatakan jika tidak suka tak perlu tengok video tersebut.