Minta Izin Beli Motor, Siti Sarah Kesal Suami Dituduh Dayus
Menerusi Instaram, Shuib Sepahtu berkongsikan kepada peminatnya impiannya untuk memiliki motosikal idaman jenama Honda Y15ZR akhirnya tercapai selepas mendapat keizinan daripada isterinya, Siti Sarah.
Bagaimanapun perkongsian Shuib itu mengundang kecaman netizen apabila ada yang melabelnya sebagai suami dayus kerana perlu meminta izin daripada isteri terlebih dahulu.
BACA: Shuib Sepahtu Kongsi Detik Cemas Disengat Lebah
Siti Sarah menerusi satu entri di Instagram meluahkan rasa kesal di atas tuduhan tersebut dan tidak menyangka perkara itu akan menjadi isu besar. Sarah menegaskan, suami yang berterus terang dengan isteri dalam sesuatu perkara bukanlah suami dayus.
“Tak sangka pulak cerita minta izin isteri untuk beli motor jadi isu yang besar. Yang peliknya, ramai lelaki menganggap berterus terang dengan isteri atau menghormati isteri adalah sesuatu yang dayus.
“Yang saya tak faham, lelaki-lelaki ini menganggap menipu isteri itu lebih berani dari berterus terang yang dianggap dayus,” tulisnya.
Dalam pada itu, Sarah meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang baik dan bertanggungjawab sedangkan suaminya itu boleh sahaja untuk membeli sesuatu tanpa bertanyakan pada dirinya.
Tu tanda hormat bini dol..tak semesti minta izin bini jadi dayus..Pergh….
Yg mereka agung2kan suami mcm Ashraf Muslim, Ude Wahid, Abu Mokhtar, Akill Hayy, Romiang, Norman Hakim, Datuk Red, Alip aziz dan lain2 yg menyundal dengan sokongan keluarga tipu bini
Nitizen tu mesti jenis alif aziz ….
yang dok cerita semua kat media buat pe? saja nak mengundang kecaman
Yamaha Y15 lah, bukan Honda.
Bpdoh punya Admin Rotikayap
Mesti kecam ke.
nak kecam kenapa?
sebab fitrah kebanyakkan manusia ni mcm tu. mesti nak komen. tak semua tapi kebanyakkan. jadi org yg cerdik kalau nak elakkan sakit hati ke kecewa sebab org mengata, simple aje, private ig anda atau jgn share langsung. zaman fitnah ni sebab ni la.. hp ni da sebati dgn kehidupan manusia. lagi senang nak share story, lagi senang mengundang kecaman. tkde story org tak ckp.
itu aku setuju… tak payah nak cerita atau tunjuk, dah namanya manusia… tetap nak komen.. contohnya Mirah.. kwang kwang kwang
Setuju sangat.
Zaman bila punye ni?
Y15zr brand YAMAHA le..bukan HONDA