Muka Bengkak & Bernanah, Netizen Bimbang Keadaan Shahir

Selepas tular rakaman video di perkarangan unit kecemasan sebuah hospital baru-baru ini, bintang Akademi Fantasia, Shahir berkongsikan keadaan terkininya. Turut berkongsikan foto wajahnya, Shahir berkata sebahagian wajahnya kebas dan pembengkakan itu sudah mulai surut.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Shahir menjelaskan salah faham gambarnya itu bahawa dia bukan senyum sinis tetapi bahagian kanan wajahnya dipenuhi nanah dan disebabkan itu senyumannya senget.

BACA: 3 Hari Demam, Shahir Kecewa Dihalau Dari Hospital

Tidak memaklumkan masalah kesihatan yang dihadapainya, Shahir berkata dia masih dalam tempoh rawatan. Dalam pada itu, Shahir turut berterima kasih kepada mereka yang mendoakannya.

Perkongsian Shahir itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang simpati malah ada yang risaukan keadaannya. Tidak kurang juga ada yang memohon Shahir mendapatkan rawatan sepatutnya kerana berdasarkan simptom ianya berkait rapat dengan masalah Bell’s Palsy.

Untuk pengetahuan anda, Bell’s Palsy adalah penyakit membabitkan kerosakan pada satu saraf muka iaitu ‘facial nerve’. Situasi itu berlaku apabila otot yang mengawal ekspresi wajah tidak berfungsi dengan normal akibat kecederaan atau gangguan saraf muka.

Terdahulu, Shahir meluahkan rasa kecewa apabila dihalang untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan susulan demam berlarutan selama tiga hari. Shahir berkata dia tidak niat memburukkan mana-mana pihak tetapi tindakannya itu untuk mewakili individu lain yang turut menerima nasib sama.

×