3 Hari Demam, Shahir Kecewa Dihalau Dari Hospital
Sejak semalam tular video di media sosial memaparkan penyanyi Shahir AF yang meluahkan rasa kesal terhadap segelintir petugas di sebuah hospital di Shah Alam yang enggan melayannya untuk berjumpa doktor.
Menerusi video tular itu, Shahir memberitahu atas rasa tanggungjawab dia menggagahkan diri memandu ke hospital pada jam 2 pagi dan perlu melalui dua sekatan jalan raya untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut selepas mengalami demam selama dua hari.
BACA: Erra Fazira Sudah Putus Cinta Dengan Shahir
“Saya bertanggungjawab datang seorang diri dari rumah sebab saya sudah tak tahan demam sudah 2 hari. Kalau bukan kecemasan saya takkan datang. Saya nak minta KKM berrtanggungjawab sebab diarahkan balik dan perlu ke klinik kesihatan pagi esok.
“Sepanjang perjalanan saya hampir muntah, nak pitam dan hampir kemalangan. Saya datang sebab saya betul-betul sakit sebab itu saya datang.
“Kalau demam itukan simptom Covid-19, saya duduk sendirian kalau apa-apa jadi saya tak sedarkan diri siapa yang tolong?” katanya.
Difahamkan, video itu dirakam oleh Shahir ketika berada di perkarangan unit kecemasan hospital, namun diarah pulang oleh petugas yang menjaga di luar pintu utama. Malah, Shahir juga diarah untuk tidak merakamkan sebarang bentuk visual.
Dalam pada itu, Shahir berkata dia tidak niat untuk memburukkan mana-mana pihak tetapi tindakannya itu adalah untuk mewakili individu lain yang turut menerima nasib sama. Ujarnya lagi, dia sudah terlebih dahulu membeli ubat dari farmasi ekoran kesihatannya merosot.
“Saya sebenarnya sudah 2 hari demam, makan enam biji Panadol Actifast dan 3 biji ibuprofen. Malam ini saya rasa badan terlalu panas dan tak boleh tidur, jadi saya paksa diri keluar sebab saya takut tak sedar esok.
“Saya tak diizinkan langsung jumpa doktor. Saya datang sebab betul-betul sakit. Saya datang serah diri, tak boleh ke tolong periksa saya? Takkan tak ada sedikit tolak ansur, jadi saya minta tolonglah ambil berat kepada insan yang memerlukan,” rayunya.
- SUMBER
- Astro Gempak
Masih boleh cakap dgn jelas…demam acah2 je…wei dei, kalau demam betul, tak larat beb. Pergi farmasi ambik antibiotic dan ubat demam…melainkan kau ada covid 19
Hehe kalo betul2 demam teruk nk berdiri pun x bole doh! Jgn kata nk drive atau ride moto ke hospital. Nk bngun ke bilik air pun x larat! Demam sikit2 tu mkn panadol jek laa. Pastu g klinik jek. Emergency ni utk sakit kritikal. Dah ke kt emergency pun ada 2 zon, satu zon oren dan satu zon merah. Dua2 zon aku dah masuk. Sekali appendix aku pecah 3 tahun lalu dan sekali ambil nebuliser utk anak aku. X penah jmpa plak org demam ke emergency ni!
Wei dia sakit la. Ko ingat orang suka ke sakit ni? Nanti budak tu tak pasal2 mati baru la sebok nak kata you wish the hospital should treat him better.
Boleh tak ada sifat perikemanusiaan?
Perkara paling penting bila kita sakit adalah fahami simptom sakit yg kita alami. Jgn panik dan jgn tergesa2 ambil tindakan. Setakat kau demam panas jek xde simptom covid 19 x payahlah ke hospital. Sbb frontliner kt hospital tu pun dah x ckp kaki tangan nk urus kes corona virus ni ko yg sakit demam biasa plak nk menambah keje mrk.
Knp x pergi klinik dlu check kan SA kebanyakan klinik bukak, lgpon area sana klinik 24jam pon bukak, hosp swasta pon bukak boleh request as outpatient tp kena standby lah around rm200. Lgpon kan ade apps online boleh request doc utk dtg rumah check, bayar around 50 plus x termasuk ubat. Knp nak risk kan diri drive tgh2 malam
kena ada referral letter doctor utk rawatan kecemasan yg mcm ni la. Kalau tak mmg samada xdilayan lg sekarang atau out you go!!
RotiKaya sudah-sudahlah buat tajuk ‘click-bait’ macam ni. Tulis yang baik-baik la. Jaga sikit tanggapan orang terhadap kes macam ni.
Buat tajuk macam ni seolah-olah Shahir ni tak minta maaf dan ego pulak.
cuba tulis “Demam 3 hari, Shahir diarahkan hadir esok pagi”.
Fakta lagi jelas apa yang front-liner cakap. ni guna “HALAU”.
sekarang RotiKaya dah possible untuk buat fitnah:
1) hospital tak halau pun sebenarnya
2) artis ni saja nak perhatian
media tolonglah belajar etika menulis. sedihlah.
Kalu demam2 ambik panadol jee dulu. Jgn paranoia cuaca pun panas kan?
Alaaaa mcm pondan jer mamat poyo ni
Betul tu bang hj kamariah, panas2 cuaca ni ramai jek org demam. X semestinya demam ko ada corona virus! Yg ada simptom Covid-19 ni ramai yg x demam pun tp positif jugak! Jgn risikokan diri awak tu dgn Covid-19 dgn terus jump into conclusion bro..
sib baek Erra Pajeera x kawen ngan ko..
nape x g klinik dulu
Bulat lain mcm dh si sahir ni ek?!
Pihak Hospital hanya mahu memastikan supaya anda tidak dijangkiti.., memandangkan kawasan hospital lebih berbahaya dan anda mudah terdedah, sepatutunya retis kena faham. perkara tu. Jika betoi sakit.. rasanya takkan sempat buat video… takkan mampu bergerak ke sana.. ke sini. Jadi open your mind… dengan situasi sekarang
KKM dah announce kan sebarang simptom call dulu sebelum pergi ke hospital/klinik. Yang hang pergi terjah macam tu watpe. Tak baca news ke. Adoiii artis ni!!!!
Biasalah, artis sendu nk promot diri..
Kut x nnt org lupa dia..
Jgn nnt hospital saman kau jgk.. haaaa..
Baru ada akai
Bukan emergency tu. Kenapa dah dua hari demam, pukul 2pagi baru nak datang hospital. Tak boleh mcmtu. Lain la kalau tibe2 sawan ke, tak sedar diri ke. Ramai tak paham. Jadi mohon paham.
kan shahir ada ckp yg shahir dh mkn ubat tak baik2 lg demam dia.
tu sebab yg dia panik nk check kat spital.
aku xtau la cmne situasi org covid positif, ada aje yg kne swab tp result pun bkn dan2 tu tau ye idak. yg pending pun dh bertimbun.
mungkin syahir takut jd mcm ada kes yg kematian seorg diri sbb dh pengsan ke apa kat umah. skrg kan PKP, xda org tau apa trjadi kat kita yg dok sorang diri, apa lagi yg jenis x byk kwn geng berwasap yg tau keadaan kita setiap hari. mmg ada kes org mninggal berhari2 tidak ada yg tahu sedar sehingga dh bermimggu pun ada.
Ke klinik swasta atau klinik kerajaan, ada pilihan…dik…
apa guna rakyat bayar cukai kt kerajaan.. then kerajaan guna duit tu untuk bayar staff hospital kalau diorang tak boleh nak selamatkan nyawa orang. hm pergi mampos.. kerajaan tolong kecikkan bajet untuk hospital. ni lah sebab aq makan ubat farmasi. takpernah pergi hospital.
Ni, cakap tak ada otak. Emergency, is for emergency case sahaja. Demam is not emergency case. Ni demam tapi tak pengsan lagi, masih sedar lagi, gi la klinik. Klinik akan bagi reference letter kalau emergency, kalau tak larat klinik akan panggil ambulance tuk bawak gi emergency. Jam 2am pun ada jer klinik bukak, tak ada langsung ker saudara mara or kawan kawan yg boleh tolong bawak gi klinik. Aku pun tinggal sorang jugak, kalau mati sorang dalam rumah, redha jer la. tu tugas org hidup tuk uruskan.
Simptom paling clear pd covid 19 ni sakit tekak dan susah nk bernafas. Hilang deria bau dan batuk xde kahak. Sbb virus tu dah bersarang kt bhgn bawah paru2. Kalau xde gejala2 cmtu bukan laa corona virus namanya! Kenapa penyakit ni mampu membunuh manusia sbb ia menyerang sistem pernafasan kita. Kalau setakat demam panas yg melampau saja kita mungkin boleh dihydrasi atau kehilangan air pd badan. Xde laa sampai meninggal tp kalau terlalu lama mcm sminggu berterusan demam panas boleh merosakkan buah pinggang, limpa dll anggota bdn. Kemudian mungkin boleh kena sawan. So kita kena ada ilmu atau info tntng simptom penyakit utk fhm bila tahap paling kritikal tubuh kita mampu handle supaya kita x panik bila berhadapan sesuatu keadaan jika kita jenis org yg xde kawan dan sapa2 utk mintak tolong! Kena berdikari dan ada self awareness laa!
Mcm pondan la abg shahir ni ..lembik mengalahkan pompuan…patutlah semua aweq dia kejar semua reject dia
pernah bawak org demam panas ke emergency, dn ok je hospital terima time tu.. time ne, sebolehnya org nk jauhkan diri dari hospital sebab virus ne.. betul petugas hospital tu, boleh pergi ke klinik keesokanny utk dptkan rawatan lanjut.. yg kat hospital tu pun mesti nk kurangkan risiko public utk terdedah dengan virus ne kt hospital.. kalau tk larat bang, takdenya mampu nk buat video bagai.. kalau sy sakit sgt.. mmg fokus kt sakit tu je.. tkde pk apa lain da.. in anyway.. get well soon ye abg shahir..
Sian Shahid.korang yg mengutuk Tu jd pape kat budakni baru sibuk kesianla apela.kdg over gak petugas spital.mentang la sejak covid ni melampau2 dok up kakitangan spital. Dia dh mention dia tkleh tahan demam teruk dahla dok sorg.dibuatnye mati busuk sorg2 .tolong ada perikemanusiaan skit.menyampah Aku org acah2 ape skit tkbetul.asal Nama retis semua salah.weii dia manusia biasa jugkla weii
Apela korang.Dia dah xlarat betol tu.Tu dia pergi gagahkn diri pagi buta.Ak dulu ada member jugak seminggu demam jap ok jap x smpai naik bengkak dkat leher.Last2 g hospital bahagian emergency kena marah dngn doktor asal xdatang awal2.Covid ni simptom lebih kurang dngn demam biasa je kadang2 simptom xde tapi positif.Tu dia takut.Ak rasa bagusla dia g hospital cepat cumanye xbagus dia g rakam sebar dkt org.