fbpx

Selepas lebih sebulan menanti, pelawak popular Shuib memaklumkan akan melawat anak bongsunya, Ayash Affan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini.

Menerusi satu perkongsian di Insta story, Shuib meluahkan rasa syukur tidak terhingga dapat meluangkan masa 3 jam bersama anaknya itu.

BACA: Lebih Sebulan Menanti, Shuib Jumpa Ayash Affan Hari ini

Menurut Shuib anaknya itu berada dalam keadaan sihat dan berat sudah mencecah 2.6kg serta kuat menyusu. Katanya lagi, anak itu sama seperti wajahnya.

“Syukur Ayash sihat, berat dah 2.6kg, menyusu kuat dan comel sangat-sangat. Muka macam daddy la ibu. Memang special sangat hadiah dari ibu,” katanya.

Lebih sebak, Shuib mengatakan ianya hadiah sangat istimewa daripada arwah isterinya dan berharap Siti Sarah ada bersamanya dan anak mereka.

Terdahulu, Shuib berkongsikan Ayash sudah dikeluarkan dari inkubator dan sudah menunjukkan perkembangan yang sangat baik serta sudah mula minum susu ibu daripada sepupunya.