fbpx

Lebih Sebulan Menanti, Shuib Jumpa Ayash Affan Hari ini

Menerusi perkongsian di Insta Story, pelawak Shuib memaklumkan berita gembira apabila dia dibenarkan untuk bertemu dengan anak bongsunya, Ayash Affan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini.

Shuib meluahkan rasa syukur apabila menerima perkhabaran itu pada hari ulang tahun kelahirannya ke-37 semalam dan akhirnya dapat memegang anaknya itu.

BACA: Ayash Affan Sudah Keluar Inkubator, Mula Minum Susu Ibu

“Alhamdulillah di hari kelahiran Allah hadiahkan berita gembira. Esok (hari ini) dah boleh ke hospital tengok Ayash. Esok juga akan jadi hari pertama melihat dan menyentuh Ayash.

Bagaimanapun menerusi entri itu, Shuib tidak berkongsikan lebih lanjut sama ada anak bongsunya dibenarkan pulang hari ini ataupun sebaliknya.

Terdahulu, Shuib berkongsikan Ayash sudah dikeluarkan dari inkubator dan sudah menunjukkan perkembangan yang sangat baik serta sudah mula minum susu ibu daripada sepupunya.