Editor’s Note: Berikut merupakan pengalaman peribadi penulis ketika beliau berurusan dengan Nile.com.my & tidak mewakili entiti Rotikaya.com secara keseluruhan. Selamat berpuasa, eh.
Bila aku berkunjung ke Nile.com.my atas saranan seorang kawan minggu lalu, memang aku terus berminat untuk buat pesanan kerana harga barang yang ditawarkan sangat sangat murah. Like, serious murah.
Tengok promosi terkini di atas, fesyen ala Korea untuk korang yang minat k-pop bermula dengan harga RM19 sahaja. Tapi aku tidaklah pesan baju fesyen Korea ni, maklumlah lelaki.
Dengan berbekalkan bajet tidak sampai RM150 kerana tidak mahu berbelanja lebih untuk kali pertama dengan Nile.com.my ni, aku berjaya dapat sembilan jenis barang berbeza — tengok betapa murah barang di Nile.
Menariknya, Nile.com.my tawarkan penghantaran ke pintu rumah dalam tempoh 24 jam & lihat penghantar barang yang aku pesan dalam gambar di atas — pantas dan boleh dipercayai. Aku hantar pesanan pada 3 Julai 2013 sekitar 2.00 petang & barang sampai depan rumah pada 4 Julai 2013 sekitar 10.00 pagi. Pantas!
Dan, anda hanya perlu bayar ketika barang sampai (COD). Tidak perlu bersusah payah untuk bayar secara online atau kad kredit. Eww.
Dan, sekarang jom tengok apa barang yang berjaya aku beli dengan bajet tidak sampai RM150 di Nile.com.my.
Canvas Messenger Bag (RM41.00), Refresh Icy Cool Energetic Moisturizer (RM25.20) dan Refresh Icy Cool Energetic Spray (RM18.90) — kerana aku ala metroseksual seperti itu. HAHA!
Tidaklah, lelaki juga perlu mementingkan penjagaan kulit muka lebih lebih lagi dengan cuaca sekarang ini yang tidak menentu & Nile.com.my menjamin harga paling rendah untuk produk sebegini.
Thick Yellow Coating Waterproof Storage Box (RM18.50), Classic Rectangular Handmade Oil Soap (RM3.90) & Fashion Flop Men Sandals (RM18.80) — tiga lagi barang mestilah aku rahsiakan atas sebab peribadi. Heh.
Aku gembira apabila semua barang yang aku pesan selamat sampai dalam keadaan yang baik. Nile.com.my tawarkan kaedah pemulangan wang atau tukar barang yang mudah jika barang yang anda terima tidak memuaskan hati atau rosak dalam perjalanan. Namanya easy/user friendly return and exchange policy.

Dan, yang paling penting adalah proses daripada pesanan sehingga barang sampai ke tangan aku memang mudah & seperti apa yang digambarkan di atas — dan kalau tidak jelas, anda sentiasa boleh rujuk panduan di laman Nile.com.my sendiri yang menawarkan user friendly order procedure.
Untuk musim perayaan yang akan datang ini, pastinya korang semua boleh pergi sendiri ke Nile.com.my untuk melihat apa barang yang boleh dibeli sempena Aidilfitri. Fesyen lelaki, wanita, kanak kanak semua ada.
Aku sendiri akan kembali ke Nile.com.my untuk mencari barang apa yang perlu kerana proses pembelian, pembayaran dan penghantaran ke rumah sangat cepat & efisyen — selain membantu anda untuk berjimat. Heh.