fbpx

Muda 4 Hari, Syada Amzah Tak Nak Panggil Ubai ‘Abang’

Sabtu lalu, penyanyi Shila Amzah mengejutkan ramai apabila selamat mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, pempengaruh media sosial, Ubai.

Menerusi perkongsian di media sosial, Shila meluahkan rasa syukur serta terima kasih buat mereka yang bertungkus lumus menyempurnakan majlis berkenaan.

BACA: Shila Amzah Nafi Putus Cinta Dengan Ubai

Sementara itu, perkongsian adik kepada penyanyi itu iaitu Syada Amzah menjadi perhatian apabila memuat naik status mengenai pertunangan kakaknya itu.

Syada berseloroh mengatakan dia enggan memanggil Ubai dengan panggilan ‘Abang’ memandangkan umur mereka yang sebaya.

Lebih menghiburkan, Shila turut memuat naik semula Insta Story adiknya itu serta membalas meminta Syada memanggil Ubai dengan panggilan Abang memandangkan tunangnya tua empat hari daripada Syada.

Beberapa sebelum majlis pertunangan itu, Shila dilihat ada memuat naik status mengejutkan seolah memberi bayangan hubungan cintanya sudah berakhir.