Shila Amzah Nafi Putus Cinta Dengan Ubai
Sejak semalam, perkongsian penyanyi Shila Amzah mengejutkan ramai seolah memberi bayangan hubungan cintanya dengan pempengaruh media sosial, Ubai sudah berakhir.
Bagaimanapun, menerusi siaran langsung di Instagram, Shila menafikan hubungannya dengan Ubai telah putus. Ujarnya, hubungannya dengan Ubai baik-baik sahaja namun keadaan dirinya tidak berapa baik.
BACA: “Terima Kasih Untuk 5 Bulan Terbaik” – Shila Amzah, Ubai Berpisah?
“Kesimpulannya kami okey cuma saya sahaja yang tidak berada dalam keadaan baik. Kalau kami putus, kenapa saya memuat naik gambar bersama dia (Ubai). Kesian dekat dia tapi saya tak maksudkan macam tu pun.
“Cuma saya ingin jelaskan bahawa keadaan saya tidak baik bukan disebabkan Ubai. Ada masa memang saya tidak okey dan ingin menjadi diri sendiri 100 peratus,” katanya.
Shila turut menjelaskan perkongsiannya itu adalah untuk meluahkan rasa kasih serta penghargaan buat kekasihnya itu selepas lima tahun menjalin hubungan cinta.
Malah, Shila turut meluahkan rasa pelik apabila ada pihak yang menganggap perkongsian itu seolah memberi bayangan hubungan mereka sudah berakhir.
“Bagi saya orang sekarang ramai yang tidak sensitif dan semua orang ada jatuh bangun. Perkongsian saya semalam lebih kepada menghargai Ubai tetapi 95 peratus orang tidak memahami mengenai status tersebut.
“Ramai menjangka hubungan kami putus dan memutar belit apa yang saya ingin sampaikan. Kalau kami putus, kenapa saya memuat naik gambar bersama dia (Ubai)?
“Saya bukan mahu mengundang negatif cuma perkara ini bergantung kepada cara pemikiran seseorang. Kalau otak negatif maka perkara positif pun akan dilihat ke arah keburukan,” katanya.
- SUMBER
- Xtra
Lima tahun ke min. X tahu aku ubai umur berapa lima tahun lps?
dah sunat belum si ubai 5 tahun lepan min..
agak agak lah 5 tahun min. dia sah cerai 2022. ni baru 2023
Apa korg kt atas ni merepek? Xde pun ayat 5 tahun dlm artikel tu? Korg baca blog lain ke?
Ko yg x nampak Timun…ni ayat dia “Shila turut menjelaskan perkongsiannya itu adalah untuk meluahkan rasa kasih serta penghargaan buat kekasihnya itu selepas lima TAHUN menjalin hubungan cinta.”
@timun.. bc ni :
Shila turut menjelaskan perkongsiannya itu adalah untuk meluahkan rasa kasih serta penghargaan buat kekasihnya itu selepas lima tahun menjalin hubungan cinta.
U terlepas bc kot..

Bace skip perenggan letewww. hahahah
Maknanya masa kawen dulu dah skandal la ngan ubai..ooo
Buat cerita bercinta trending, buat cerita putus cinta trending, nafi putus cinta pun trending. Panjang kata cinta ke tak cinta ke adalah satu perniagaan yg lumayan.
@akuadalahaku
Mustahil la dia skandal dgn ubai lima tahun lepas. Masa tu ubai gigi susu je baru nak masuk 20
Carilah org sepadan! Sape ubai nih? Tuuu laaa dulu Hina sgt kat shahnaaz skrg dpt budak serabai! Mmg mcm terdesak Cari pasangan! Dpd dpt psgn yg bagus, kemudian konon2 terlebih bagus sudahnya dpt budak hingusan ! Adoii shila tolonglah do not gadai your future! Pls get a better man u deserved it
Aku rasa budak ni sesuai berpasangan dgn bekas tunang anjoo yg bercakap benar tak tipu lg ikhlas tu serta sponsor buat pagar rumah anjoo. Dua2 sangat sedondon dengan hasrat ran cita2 yg sama