fbpx

“Bersiap Sedia Untuk Kebenaran Malaysia”

Selepas membuat permohonan maaf beberapa hari lalu, perkongsian terbaru penyanyi rap, Caprice mencetus tanda tanya apabila memuat naik gambar iblis.

Menerusi entri itu, Caprice seolah memberi bayangan akan mendedahkan sesuatu yang mengejutkan ramai dan kebenaran akan terungkai tidak lama lagi.

Caprice Kesunyian Sambut Hari Jadi Seorang Diri

“Bersiap sedia untuk kebenaran Malaysia. Siapkan diri anda, ia akan datang, iblis akan menipu, berpura-pura dan memberi kemanisan tetapi Allah SWT sebaik-baik perancang. Waktunya semakin hampir,” tulisnya.

Difahamkan, Caprice berangkat seorang diri ke Mesir pada 23 Julai lalu untuk meneruskan jihadnya. Bagaimanapun sehingga kini dia masuk belum dibenarkan masuk ke Gaza.