fbpx

MS: Demascus Bawakan Muzik Positif, Video Muzik Pertama RM600

Sudah lama kita semua tidak mempunyai segmen Muzik Sabtu, kali ini kami tampilkan kumpulan baru untuk penilaian anda semua — Demascus.

Pertemuan kami dengan salah seorang anggota Demascus berlangsung beberapa minggu lalu, tetapi hari ini baru berpeluang untuk menulis perihal mereka. Alasan.

Sekilas pandang, pasti ramai menyangka Demascus merupakan sebuah kumpulan nasyid namun menurut wakil Demascus, Huzaifah yang turut mencipta lagu untuk album mereka, kumpulan ini menyerahkan kepada pendengar untuk menentukan mereka berada di’kelompok mana.

Tampil dengan album pertama berjudul Kita Berbeza, Demascus membawa pelbagai pengaruh muzik dalam setiap lagu yang mereka bawakan kerana setiap anggota kumpulan mempunyai latar belakang muzik berbeza.

Kita Berbeza menampilkan 6 lagu termasuk sebuah lagu, Hadirmu yang di’mainkan semula dalam versi piano kerana sambutan peminat yang gemarkan kedua dua versi yang mereka bawakan.

Single pertama yang Demascus bawa ke khalayak adalah Kita Berbeza yang kini sudah bermain di radio & mempunyai video klip rasmi di Youtube.

Menariknya, pembikinan video klip Kita Berbeza ini hanya memakan belanja RM600 dan di’jalankan dalam tempoh 24 di tujuh lokasi berbeza.

Layankan video klip Kita Berbeza selepas ini, jika suka jangan lupa dapatkan album pertama Demascus di’pasaran sekarang. Enjoice